Korelasi antara lukisan figura dan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah / Prof. Dr. Abdul Syukor Hashim , Hamimah Hashim and Siti Zuraida Maaruf

Hashim, Abdul Syukor and Hashim, Hamimah and Maaruf, Siti Zuraida (2007) Korelasi antara lukisan figura dan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah / Prof. Dr. Abdul Syukor Hashim , Hamimah Hashim and Siti Zuraida Maaruf. Research Reports. Faculty of Education, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_ABDUL SYUKOR HASHIM ED 07_5 1.pdf

Download (32kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji korelasi antara lukisan figura dengan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. Selain itu kajian ini juga iijgin mengkaji perbezaan lukisan figura yang dihasilkan berdasarkan perbezaan umur dan jantina serta perbezaan ujian kognitif berdasarkan perbezaan umur dan jantina. Teknik persampelan rawak telah digunakan untuk mengenal pasti sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang kanak-kanak prasekolah di Shah Alam, Selangor. Data telah dikumpulkan melalui ujian lukisan figura dan ujian kognitif yang dijalankan. Terdapat tiga aspek utama dalam menganalisa lukisan iaitu aspek kedudukan, kesempurnaan serta penambahan. Manakala untuk ujian kognitif, kanak-kanak melalui ujian kognitif Piaget. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif dan inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson, T. Test dan Anova Sehala melalui perisian "Statistical Package of the Social Science for Windows" (SPSS). Hasil analisis menunjukkan terdapat i) hubungan yang signifikan antara lukisan figura dan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah, ii) terdapat perbezaan yang signifikan untuk lukisan figura berdasarkan perbezaan, iii) terdapat perbezaan yang signifikan untuk lukisan figura berdasarkan perbezaan umur, iv) tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk ujian kognitif berdasarkan perbezaan jantina , dan v) terdapat perbezaan yang signifikan untuk ujian kognitif berdasarkan perbezaan umur. Kajian juga membincangkan signifikan hasil kajian dan boleh diaphkasikan hasil dapatannya untuk penambahbaikan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Lukisan figura, ujian kognitif, ujian Korelasi Pearson
Subjects: N Fine Arts > ND Painting
N Fine Arts > ND Painting > Technique and materials
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 21 Apr 2011 07:47
Last Modified: 31 May 2016 07:30
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2371

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year