Cadangan skim rekabentuk dalaman bagi pusat Canon untuk syarikat Canon cawangan Ipoh di Lot F43, aras 2, Ipoh Parade, Jalan Sultan Idris Shah/Jalan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. / Nurhidayu Zaidi

Zaidi, Nurhidayu (2009) Cadangan skim rekabentuk dalaman bagi pusat Canon untuk syarikat Canon cawangan Ipoh di Lot F43, aras 2, Ipoh Parade, Jalan Sultan Idris Shah/Jalan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. / Nurhidayu Zaidi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang beijaya. la hams dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap pemahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari awal peringkat asas hingga peringkat persembahan cadlangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini adalah cadangan merekabentuk skima sebuah pusat Canon bagi syarikat Canon cawangan Ipoh di Lot F43, aras 2, Ipoh Parade, Jalan Sultan Idris Shah/Jalan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi pusat Canon disamping memberikan suasana yang mengetengahkan rekabentuk yang baru bagi pusat Canon kepada pelanggan serta servis yang berkualiti. Selain itu, pemiliihan projek ini juga adalah untuk mengetengahkan rekabentuk dan konsep baru bagi pihak Canon supaya ia mendapat perhalian dan tarikan daripada orang ramai khususnya rakyat tempatan. Beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan bagi menjayakan projek ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, dan kajian kes. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses rekabentuk, dengan tujuan mendapatkan satu rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Canon. Konsep yang saya terapkan di sini adalah 1 connectivity cares’ yang membawa maksud keprihatinan secara kesinambungan dimana ia melaraskan kehendak pelanggan terhadap produk-produk Canon yang dihasilkan mengikut peredaran teknologi yang semakin canggih bersesuain dengan era yang serba moden. Saya akan menerapkan konsep ini dan melahirkan idea-idea yang bemas untuk rekabentuk pusat Canon ini agar ia menjadi salah satu tarikan di negeri Perak dan seterusnya di dalam Malaysia pada satu hari nanti.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zaidi, Nurhidayu
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Canon Cawangan Ipoh
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21467
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 21467.pdf] Text
21467.pdf

Download (140kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

21467

Indexing

Statistic

Statistic details