Cadangan rekabentuk dalaman kedai konsep Crocs untuk Crocs Inc. Di Unit K-0G-03 & 04, Ground Floor, Blok J, Soho KL, Jalan Solaris 2, 50480 Mont Kiara, Kuala Lumpur / Anis Nabila Wahito

Wahito, Anis Nabila (2009) Cadangan rekabentuk dalaman kedai konsep Crocs untuk Crocs Inc. Di Unit K-0G-03 & 04, Ground Floor, Blok J, Soho KL, Jalan Solaris 2, 50480 Mont Kiara, Kuala Lumpur / Anis Nabila Wahito. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan satu peringkat yang menguji kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman kedai konsep Crocs ataupun Crocs Concept Store yang terletak di Unit K-0G-03 & 04, Ground Floor, Blok J, SohoKL, Jalan Solaris 2, 50480 Mon’t Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedai ‘retail’ yang berkonsep ini akan memperkenalkan nilai komersial dan keunikan jenama Crocs ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Kedai ‘retail’ ini menjual pelbagai jenis produk bermutu tingi serta mempunyai cirri-ciri yang sangat unik. Antara produk-produk keluaran Crocs merangkumi kasut, pakaian, beg, aksesori dan Jibbitz yang sesuai digunakan oleh pelbagai golongan serta peringkat umur yang berbeza. Oleh kerana pengunjung yang datang tergolong dari peringkat umur, konsep dan stail dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu dan mampu memberikan keselesaan yang optimum terhadap pengunjung yang datang ke kedai ‘retail’ Crocs Concept Store ini. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan klien, malah mampu memberikan kesan positif kepada pengunjung yang datang membeli - belah di kedai ‘retail’ Crocs Concept Store yang baru ini. Justeru, stail rekabentuk yang dipilih untuk kedai ‘retail’ Crocs Concept Store ialah ‘modern’ yang membawa maksud gaya terkini. Namun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk semua peringkat umur, beberapa kajian perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sasaran pengunjng yang datang, keperluan ruang yang perlu dimuatkan dalam kedai ‘retail’, serta pelbagai maklumat berkenaan yang berkaitan dengan kedai ‘retail’ Crocs Concept Store. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, pemerhatian, pengalaman, media cetak, internet, dan juga hasil daripada kajian kes sama ada dari dalam ataupun dari luar negara. Justeru, rekabentuk yang akan terhasil perlu menepati segala aspek keperluan yang terdapat pada sebuah kedai ‘retail’ bagi menjanjikan rekabentuk yang dicadangkan dapat memberi kepuasan kepada semua pihak terutamanya kepada klien serta kepada para pengunjung.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wahito, Anis Nabila
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman kedai; Crocs untuk Crocs Inc.
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21328
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_ANIS NABILA WAHITO AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_ANIS NABILA WAHITO AP 09_5.pdf

Download (127kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21328

Indexing

Statistic

Statistic details