Laporan cadangan rekabentuk ruang dalaman Galeri RISDA, Johor, PTB 12328, Jalan Padi Murni, Bandar Baru Uda, Karung Berkunci 797, 81200 Johor Bahru / Norishah Muhammad

Muhammad, Norishah (2009) Laporan cadangan rekabentuk ruang dalaman Galeri RISDA, Johor, PTB 12328, Jalan Padi Murni, Bandar Baru Uda, Karung Berkunci 797, 81200 Johor Bahru / Norishah Muhammad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Sepanjang tempoh menyiapkan laporan tesis ini, banyak perkara yang perlu dititikberatkan dan dikaji dalam menyiapkan projek Galeri RISDA, Johor ini yang beralamat di PTB 12328, Jalan Padi Murni, Bandar Baru Uda, Karung Berkunci 797, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Antaranya, pada struktur asal bangunan dan dibandingkan dengan drawing serta ukurannya, kehendak klien, kos projek, design concept yang dipersembahkan, bahan material yang bersesuaian dengan konsep dan pada struktur bangunan tersebut serta lain lagi. Kajian ini bertujuan supaya pelajar dapat mengenalpasti isu-isu serta masalah yang timbul sepanjang kajian dijalankan dan melatih pelajar supaya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap isu-isu dan masalah tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru. Pelbagai kaedah turut digunakan dalam menyiapkan laporan ini. Antaranya ialah kaedah pemerhatian, matlamat kajian, objektif, pemilihan tapak, analisa tapak dan analisa bangunan di mana ia merupakan kaedah penting untuk mengenal pasti setiap permasalahan yang ada. Objektif bagi projek galeri ini adalah untuk menghasilkan satu rekabentuk yang berimejkan moden dan mampu menarik perhatian para pengunjung serta membuat satu konsep baru bagi merekabentuk dalaman sebuah galeri untuk Pejabat RISDA Negeri Johor. Selain itu, untuk mewujudkan laluan yang bagus (good flow) di dalam galeri tersebut di mana ia memberi kemudahan kepada pelawat untuk memperoleh pengetahuan. Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan sebuah galeri yang bagus, beberapa kajian kes harus dijalankan bagi mengetahui setiap peralatan dan keperluan yang terdapat di sesebuah galeri. Kesimpulannya, disebabkan bangunan RISDA, Johor ini tidak mempunyai galeri untuk mempamerkan segala bentuk dan aktiviti yang berkaitan mengenai RISDA, maka dengan wujudnya galeri RISDA, Johor ini, setiap pengunjung yang datang akan dapat melawati serta memperoleh pengetahuan yang berkaitan agar mereka tahu apa makna RISDA sebenarnya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammad, Norishah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk ruang dalaman; Galeri RISDA
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20877
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NORISHAH MUHAMMAD AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NORISHAH MUHAMMAD AP 09_5.pdf

Download (111kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20877

Indexing

Statistic

Statistic details