Laporan kajian akhir cadangan menaiktaraf dan merekabentuk dalaman pejabat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. di No.1 Jalan Boling Padang G/13 G, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia / Nor Hasanah Hasan

Hasan, Nor Hasanah (2009) Laporan kajian akhir cadangan menaiktaraf dan merekabentuk dalaman pejabat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. di No.1 Jalan Boling Padang G/13 G, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia / Nor Hasanah Hasan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman adalah merupakan satu tugasan yang mempunyai misi bagi mengkaji sejauh mana kefahaman pelajar tentang aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hinggalah ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek individu yang telah dipilih ialah projek menaiktaraf dan merekabentuk hiasan dalaman pejabat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. yang terletak No. 1, Jalan Bola Boling Padang G 13/G, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Pejabat yang dicadangkan ini adalah sebuah pejabat produksi animasi tempatan yang menghasilkan filem pendek, iklan, dan filem animasi. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan pembelajaran asas tiga dimensional bagi menghasilkan animasi yang mantap dan berkualiti tinggi. Semua pekerja yang bekerja di sini adalah graduan-graduan muda yang tiada pengalaman bekeija dan baru sahaja menamatkan pembelajaran. Maka, mereka mempunyai idea-idea dan semangat yang tinggi dan lebih segar dalam menghasilkan karya yang bermutu. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk pejabat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. ialah ‘fresh modern ’ yang membawa maksud gaya moden yang segar ataupun gaya yang menampilkan kesegaran dalam ruang. Gaya ini banyak bermain dengan penggunaan wama yang terang. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk pejabat sebegini, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis klien dan sasaran pengguna di pejabat ini. Pejabat produksi animasi di Malaysia adalah sangat kurang pada waktu ini, maka terdapat sedikit kesulitan semasa kajian dilakukan. Namun begitu, hasil kajian yang dilakukan bagi pejabat sebegini di luar negara amat membantu dari segi maklumat dan pemahaman terhadap ruang yang diperlukan dan perkara-perkara yang penting dalam merekabentuk pejabat produksi animasi. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasan, Nor Hasanah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Cadangan menaiktaraf; Merekabentuk dalaman; Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20853
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NOR HASANAH HASAN AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NOR HASANAH HASAN AP 09_5.pdf

Download (146kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20853

Indexing

Statistic

Statistic details