Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen manhaj rabbãniyyah sebagai indikator komunikator Islam / Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno and Mohamad Shafiei Ayub

Suyurno, S Salahudin and Ayub, Mohamad Shafiei (2017) Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen manhaj rabbãniyyah sebagai indikator komunikator Islam / Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno and Mohamad Shafiei Ayub. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

Abstract

Rabbãniyyah bermaksud jalan hidup yang bersumberkan Tuhan, bukan ciptaan manusia. Al-Quran telah melakarkan asas-asas utama seorang Muslim ketika berkomunikasi termasuk kaedah menyeru ke arah kebaikan serta melarang kemungkaran. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pembangunan instrumen dan fasa kesahan faktor secara statistik hubungan manhaj rabbãniyyah dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak 21 item dalam pemboleh ubah manhaj rabbānīyyah telah dikelaskan kepada 3 elemen metodologi dakwah iaitu ‘al-hikmāh‘, ‘al-mauʿizah al-hasanah‘ dan al-mujãdalah al-husna‘. Hikmāh merujuk kepada keadilan, ilmu dan kelembutan, Lafaz mauʿizah yang diulang sekurang-kurangnya sembilan belas kali dalam al-Quran ini turut bermaksud menggunakan penyampaian atau percakapan yang lemah-lembut dan berbudi bahasa, mesej yang disampaikan bersifat targhĩb atau tarhĩb golongan sasar. Manakala mujãdalah membawa erti perbincangan atau dialog yang baik dengan disertakan bukti fakta dalam menyokong hujah. Ketiga-tiga elemen ini merupakan faktor yang penting dalam membentuk metode penyampaian seorang komunikator Islam.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suyurno, S Salahudin
UNSPECIFIED
Ayub, Mohamad Shafiei
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 1023-1031
Keywords: Instrumen; Manhaj rabbãniyyah; Komunikator Islam
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20252
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_MUHAMMAD TAUFIK MD SHARIPP M 17.pdf] Text
PRO_MUHAMMAD TAUFIK MD SHARIPP M 17.pdf

Download (1MB)

ID Number

20252

Indexing

Statistic

Statistic details