Pemantauan dan penguatkuasaan halal terhadap produk makanan import oleh Jakim / Mohd Zaid Daud … [et al.]

Daud, Mohd Zaid and Jaafar, Nurzahidah and Syed Abdullah, Sharifah Fadylawaty (2017) Pemantauan dan penguatkuasaan halal terhadap produk makanan import oleh Jakim / Mohd Zaid Daud … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

Abstract

Industri produk makanan halal di Malaysia secara global telah menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Pasaran produk makanan halal bukan sahaja menarik minat kepada negara yang majoritinya adalah Muslim, bahkan negara yang majoriti bukan-Muslim turut berminat terhadap pasaran produk makanan halal. Dalam hal ini, ia melibatkan proses import dan eksport antara negara secara global. Prospek pasaran makanan halal ini dilihat mampu untuk meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung menambah pendapatan pengimport / pengeksport yang merupakan Muslim dan bukan-Muslim. Kemasukan produk import ke dalam negara ini telah memberi kesan kepada pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjamin status kehalalan produk makanan yang diimport. Oleh itu, pendekatan pengurusan sesebuah organisasi haruslah sentiasa holistik dan komprehensif kerana ia memerlukan tanggungjawab yang berterusan bagi menjamin status kehalalan produk import yang dipasarkan. Walau bagaimanapun, kesan daripada pengimportan makanan halal ke dalam negara telah membawa kepada beberapa isu utama iaitu pemalsuan dan penyalahgunaan sijil dan logo halal, serta ketidakpatuhan produk makanan import yang mengandungi bahan yang tidak halal. Oleh yang demikian, pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan perlu dilaksanakan untuk menangani permasalahan ini. Maka, kajian ini adalah untuk melihat pengurusan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jakim terhadap produk makanan import yang dipasarkan di Malaysia.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Daud, Mohd Zaid
UNSPECIFIED
Jaafar, Nurzahidah
UNSPECIFIED
Syed Abdullah, Sharifah Fadylawaty
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 527-545
Keywords: Produk Halal; Makanan Halal; makanan import; JAKIM
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20134
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_MOHD ZAID DAUD M 17.pdf] Text
PRO_MOHD ZAID DAUD M 17.pdf

Download (980kB)

ID Number

20134

Indexing

Statistic

Statistic details