Sejarah pengajian pondok dan tokoh ulama: Kajian di daerah Besut, Terengganu Darul Iman / Mohd Zainodin Mustaffa … [et al.]

Mustaffa, Mohd Zainodin and Mohd Zahid, Emie Sylviana and Saja@Mearaj, Mahasin and Redzuan, Mohd Asyadi and Razaly, Mohamad Zaki (2017) Sejarah pengajian pondok dan tokoh ulama: Kajian di daerah Besut, Terengganu Darul Iman / Mohd Zainodin Mustaffa … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

Abstract

Kedatangan Islam ke Terengganu berkait rapat dengan aktiviti dakwah yang dilakukan oleh pedagang Asia Barat yang menjadikan daerah tersebut sebagai tempat persinggahan antara India ke China. Di samping menjalankan perniagaan, mereka juga berdakwah kerana pada akhir abad ke 13 Masihi, Terengganu telah mempunyai sebuah kerajaan yang berpusat di Kuala Berang. Pada masa itu juga, Terengganu terkenal sebagai sebuah negeri yang maju dengan perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Abdullah Munshi yang membuat pelayaran ke Pantai Timur Tanah Melayu pada Zulhijjah-Muharram 1253 H (bersamaan dengan 4 Mac-April 1838 M) dan pernah singgah di Terengganu melaporkan bahawa pada masa tersebut institusi-institusi pengajian di Terengganu kebanyakannya menggunakan kitab-kitab Jawi. Adapun kemasukan Islam dan perkembangan daerah Besut berlaku melalui negeri Kelantan kerana ianya bersempadan dengan negeri tersebut yang telahpun menerima Islam selewat-lewatnya dalam abad ke 12 Masihi. Di samping itu, perkembangan Islam di Besut melalui hasil usaha ulama yang berasal dari Patani. Pada abad ke 19, pengajian pondok berkembang pesat di sana. Oleh kerana adanya tekanan daripada pemerintah Siam yang beragama Buddha, ramai di kalangan penduduknya yang beragama Islam meninggalkan tanah air mereka. Ada yang berpindah ke Tanah Melayu termasuklah golongan pembesar dan ulama. Oleh kerana Besut merupakan antara daerah terdekat, keadaan ini telah membuka peluang kepada ulama itu meneruskan pengajaran agama di Besut. Kedatangan Islam ke daerah Besut juga telah memberi kesan yang besar terhadap budaya dan taraf pendidikan masyarakat setempat. Islam sangat menitik beratkan keilmuan dan pendidikan. Ianya dapat dilihat pada wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah yang berkaitan dengan keilmuan dan pendidikan. Penubuhan dan pembinaan pusat pendidikan khususnya institusi pondok telah melahirkan masyarakat yang celik agama dan cerdik minda. Hasilnya lahirlah masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal soleh. Matlamat utama pendidikan dan pengajian pondok ialah melahirkan individu yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup seharian. Dalam konteks yang luas matlamat pendidikan Islam ialah membentuk tamadun yang berdasarkan kepada tuntutan syarak. Dengan ini ia akan melahirkan sebuah masyarakat yang melaksanakan Islam dalam semua aspek kehidupan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustaffa, Mohd Zainodin
UNSPECIFIED
Mohd Zahid, Emie Sylviana
UNSPECIFIED
Saja@Mearaj, Mahasin
UNSPECIFIED
Redzuan, Mohd Asyadi
UNSPECIFIED
Razaly, Mohamad Zaki
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 47-53
Keywords: Pengajian pondok; Tokoh ulama
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19953
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_MOHD ZAINODIN MUSTAFFA M 17.pdf] Text
PRO_MOHD ZAINODIN MUSTAFFA M 17.pdf

Download (935kB)

ID Number

19953

Indexing

Statistic

Statistic details