Wahana Lestari: Bil 1 2016 / Perpustakaan Tun Dr. Ismail Cawangan Johor, UiTM Johor

UNSPECIFIED (2016) Wahana Lestari: Bil 1 2016 / Perpustakaan Tun Dr. Ismail Cawangan Johor, UiTM Johor. Bulletin. Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Johor, PTDI, UiTM Kampus Segamat, Johor.

Abstract

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah dengan izin dan rahmat dari Allah dapat kita bersama sekali lagi dalam penerbitan Buletin Wahana Lestari PTDI Bil. 1/2016. Tahniah dan terima kasih saya rakamkan buat sidang redaksi yang telah menyumbangkan tenaga dan idea dalam keluaran kali ini. Pihak perpustakaan sentiasa menitikberatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan bagi memenuhi permintaan dan keperluan dalam pengajaran serta pembelajaran di universiti. Walaupun pada masa kini, ramai yang lebih gemar kepada capaian maklumat melalui internet, tetapi perpustakaan masih relevan sebagai pusat maklumat bagi mendapatkan bahan yang tepat dan sahih. Kini pihak perpustakaan dalam usaha untuk membangunkan koleksi bahan silibus, yang mana bahan-bahan tersebut merupakan bahan utama yang digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa/ mahasiswi dalam pembelajaran. Oleh itu, saya berhasrat agar perpustakaan akan menjadi nadi ilmu buat semua mahasiswa dan mahasiswi. Kami di PTDI amat mengalu-alukan kehadiran semua mahasiswa mahasiswi agar perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan digunakan der sebaiknya. i Kerjasama dan sokongan warga serta pihak pengurusan UiTM Caw. Johor adalah teras kejayaan pencapaian PTDI sehingga kini dan semoga Buletin Wahana Lestari ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan memberi manfaat buat semua.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Journal or Publication Title: Wahana Lestari Perpustakaan Tun Dr Ismail
Keywords: Buletin;alan 5S
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17602
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of BUL_WAHANA LESTARI BIL 1 J 16.pdf] Text
BUL_WAHANA LESTARI BIL 1 J 16.pdf

Download (88MB)

ID Number

17602

Indexing

Statistic

Statistic details