Teknik tuangan logam di dalam penghasilan karya arca / Azman Ismail, Md Hafizullah Saad and Suhaidi Razi

Ismail, Azman and Saad, Md Hafizullah and Razi, Suhaidi (2010) Teknik tuangan logam di dalam penghasilan karya arca / Azman Ismail, Md Hafizullah Saad and Suhaidi Razi. Research Reports. Faculty of Art and Design, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_AZMAN ISMAIL AD 10_5.pdf

Download (202kB) | Preview

Abstract

Melalui pengamatan dan pengalaman penyelidik, aspek inovasi dalam penghasilan karya arca kreatif Malaysia kurang diberi perhatian. Kajian ini diharap menjadi rujukan kepada para pelajar Program Seni Halus, pengkarya Seni Arca, pengiat-pengiat seni tanah air, ahliahli akademik jurusan seni, dan memberi sumbangan kepada perkembangan seni arca tanah air. Penyelidik juga dapat menghasilkan karya seni arca kreatif dan kontemporari serta mengembangkan lagi definisi seni arca bagi mempelbagaikan kaedah penghasilan seni arca. Permasalahan yang timbul adalah terlalu sukar untuk mencari karya-karya arca tempatan yang menggunakan bahan gangsa dan aluminium untuk dijadikan rujukan. Selain itu tiada buku atau rujukan yang dihasilkan dalam Bahasa Malaysia untuk dijadikan panduan, turut menyukarkan penghasilan karya daripada bahan ini secara lebih sempurna. Karya-karya tuangan logam, yang dihasilkan oleh pengarca tempatan seperti gangsa dan bahan logam lain sukar ditemui. Apabila merujuk kepada karya gangsa sahaja, pastinya artis luar negara sebagai rujukan. Penyelidik berpendapat bahawa pengkarya tempatan juga mampu untuk bersaing dengan nama-nama besar luar negara dengan adanya pendedahan tentang teknologi tertentu, sebagai contoh, kaedah serta teknik tuangan logam. Juga tidak banyak buku teknikal tentang arca tuangan logam di Malaysia, kebanyakan buku-buku yang digunakan adalah diimport dari luar negara. Tetapi ianya agak sukar untuk difahami. Bagi pengamatan penyelidik, di samping buku-buku rujukan adalah penting, orang yang mempunyai pengalaman didalam bidang ini juga penting untuk dijadikan sebagai panduan dan tunjuk ajar secara praktikal. Pengalaman itu amat penting kerana setiap permasalahan yang timbul di sepanjang proses ini dapat diatasi sehingga selesai.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Teknik tuangan logam ; Karya arca; Arca
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork
Divisions: Faculty of Art and Design
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
Date Deposited: 21 Jul 2017 05:10
Last Modified: 21 Jul 2017 05:10
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17492

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year