Istiadat Konvokesyen Ke-86 : 15-20 April 2017 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM

UNSPECIFIED (ed.). (2017) Istiadat Konvokesyen Ke-86 : 15-20 April 2017 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke- 86 berjaya dianjurkan dengan jayanya. Istiadat konvokesyen merupakan tradisi keilmuan yang gilang-gemilang untuk meraikan kejayaan graduan yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para graduan kerana telah berjaya mencapai kejayaan menggenggam segulung ijazah pada hari yang bersejarah ini. Kejayaan ini sudah menjadi permulaan bagi fasa kehidupan saudara-saudari seterusnya iaitu di alam pekerjaan. Pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 ini, UiTM telah menambah lagi alumninya. Ini menunjukkan betapa UiTM telah banyak memberi peluang pendidikan tinggi kepada bangsa Melayu dan bumiputera sejak ditubuhkan pada 1956. Malahan, UiTM bukan sahaja berupaya mencetus ledakan dari sisi penyampaian pendidikan tinggi secara berkesan, budaya kerja, peningkatan prestasi, bahkan juga menjadi penyumbang besar kepada modal insan negara iaitu sebanyak 42 peratus, berbanding universiti awam lain. Dalam pada itu, selain memperkukuh pembangunan akademik menerusi bidang tujahan, para pelajar turut diberi pendedahan dalam bidang keusahawanan- nilai tambah yang mempersiapkan mereka dengan kemahiran khusus sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ini selaras dengan lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pengajian Tinggi untuk melahirkan graduan holistik yang bercirikan keusahawanan dan seimbang

Metadata

Item Type: Book
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Volume: 86
Keywords: Istiadat Konvokesyen Ke-86; Dewan Agung Tuanku Canselor; UiTM
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17344
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of BK_ISTIADAT KONVOKESYEN 86_17.pdf] Text
BK_ISTIADAT KONVOKESYEN 86_17.pdf

Download (3MB)

ID Number

17344

Indexing

Statistic

Statistic details