A case study: performance evaluation of power tiller during ploughing between slopes 0° - 2° in dry paddy field / Erman Ali

UNSPECIFIED (2016) A case study: performance evaluation of power tiller during ploughing between slopes 0° - 2° in dry paddy field / Erman Ali. Student Project. Faculty of Plantation and Agrotechnology, Jasin, Melaka. (Unpublished)

[img] Text
PPb_ERMAN ALI AT 16_5.pdf

Download (0B)

Abstract

Power Tiller adalahjentera dua roda yang digunakan dalam penanaman padi bertujuan untuk membajak tanah. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai prestasi Power Tiller sebagai jentera pembajak tanah dalam penanaman padi. Dalam kajian ini, 5 plot telah digunakan pada kecerunan 0 0 - 2 0 dan saiz bagi setiap plot adalah 10m x 10m atau 0.01 hektar. Keputusan yang diperolehi adalah dari parameter berikut: kapaciti yang efektif bagi jentera semasa pembajakan, kecekapan mesin, kelajuan jentera semasa operasi, kedalaman pembajakan, penggunaan bahan api dan kos bahan api. Keputusan bagi purata kecekapan jentera yang diperolehi ialah 61,79% dan kapasiti yang efektif untuk jentera berkerja semasa pembajakan adalah 0,0511 hektar/jam. Penggunaan bahan api adalah 32.04 L I ha dan kos bagi bahan api ialah RM47.69 bagi setiap hektar. Satu lagi objektif penyelidikan telah dijalankan untuk menguji hubungan kelajuan berbanding kedalaman pembajakan, dan bahan api berbanding kapasiti yang efektif bagi jentera semasa pembajakan dengan menggunakan kaedah regrasi. Keputusan menunjukkan bahawa r-square yang diperolehi bagi hubungan di antara kelajuan berbanding kedalaman pembajakan adalah 81.7%. Manakala hubungan di antara kapasiti yang efektif bagi jentera semasa pembajakan berbanding penggunaan bahan api adalah 84.8%, yang menunjukkan hubungan bagi kedua-dua pemboleh ubah adalah kuat. Kajian mendapati bahawa penggunaan Power Tiller sebagai jentera pembajak tanah lebih menjimatkan masa dalam proseS penyediaan tanah dan memperolehi lebih kuasa berbanding kaedah tradisional. Oleh itu, Power Tiller sesuai digunakan bagi petani kecil di Malaysia

Item Type: Monograph (Student Project)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Jasin Campus > Faculty of Plantation and Agrotechnology
Item ID: 17328
Uncontrolled Keywords: Performance evaluation; Power tiller; Ploughing; Dry paddy field
Last Modified: 20 Jun 2017 07:48
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17328

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year