Persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan: satu kajian kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah / Normala Ismail

UNSPECIFIED (2005) Persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan: satu kajian kes di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah / Normala Ismail. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap ciri – ciri pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian rentas. Sainpel kajian adalah terdiri daripada dua ratus lapan puluh sembilan (289) orang pelajar pelbagai bahagian dan program pengajian daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. Data dikutip dengan mengedarkan borang soal selidik setelah memperoleh kebenaran daripada Pengurusan UiTM Cawangan Kedah. Data dari kajian ini diproses dan dianalisis menggunakan teknik deskriptif, ujian - t analisis varians dan analisis regresi berganda berasaskan pakej Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Hasil analisis varians menunjukkan persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan di UiTM Cawangan Kedah tidak dipengaruhi oleh kehadiran pelajar ke kuliah, sama ada pelajar mempunyai asas Kursus Ekonomi, minat dan program pengajian, Sebaliknya, ia adalah berdasarkan jantina. Kursus Ekonomi yang diambil, kategori pelajar dan bahagian pengajian. Kajian turut mendapati terdapat empat (4) faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap ciri - ciri pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan, iaitu sikap dan sahsiah pensyarah, personaliti (peribadi) pensyarah, hubungan pensyarah dengan pelajar dan pensyarah dalam pengajaran. Bagi ciri - ciri personaliti (peribadi) pensyarah terdapat tiga (3) faktor yang mempengaruhinya, iaitu prihatin, peramah dan tegas, diikuti dengan empat (4) faktor yang mempengaruhi pensyarah dalam pengajaran. iaitu penilaian pengajaran, pengetahuan clan pengalaman mengajar, persediaan. perancangan dan perlaksanaan pengajaran. dan sensitiviti pensyarah. Seterusnya, bagi ciri - ciri hubungan pensyarah dengan pelajar. kajian mendapati terdapat lima (5) faktor yang mempengaruhinya, iaitu tidak mengancam pelajar, pengharagaan, memberi dorongan dan galakan. menggalakkan persaingan yang positif, keyakinan dan harapan. Bagi ciri – ciri sikap dan sahsiah pensyarah pula, kajian mendapati terdapat enam (6) faktor yang mempengaruhi, iaitu bersikap adil, tidak menyalahkan pelajar. memberi pujian dan menjawab soalan, bertimbangrasa, tidak berleter dan tidak menyindir pelajar. Kajian turut menyarankan agar setiap pensyarah dapat menguasai isi kandungan pelajaran dengan baik di samping mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran supaya mereka lebih berkeyakinan dan dapat menyampaikan pengajaran dengan baik.

Metadata

Item Type: Research Reports
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Persepsi pelajar; Pengajaran; Pensyarah Ekonomi; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16888
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_NORMALA ISMAIL RMI 05 _5.pdf] Text
LP_NORMALA ISMAIL RMI 05 _5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16888

Indexing

Statistic

Statistic details