TV AlHijrah: pengaplikasian prinsip islam dalam intipati program / Nur Amira Ahmad Jamal

Ahmad Jamal, Nur Amira (2016) TV AlHijrah: pengaplikasian prinsip islam dalam intipati program / Nur Amira Ahmad Jamal. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ilmiah ini mengkaji pengaplikasian Prinsip Islam dalam intipati program keatas TV AlHijrah. Penulis telah memilih 12 rancangan yang disiarkan di TV AlHijrah bagi dinilai intipati rancangannya yang telah dimasukkan ke dalam buku kod bagi menjawab objektif kajian yang kedua. Penulis juga turut melakukan temubual bersama dengan Ketua Unit Kawalan Kandungan TV AlHijrah bagi mengumpul maklumat bagi menjawab objektif kajian yang pertama. Penulis telah menggunakan empat Prinsip Islam iaitu al-Ubudiyyah (pengabdian), al-Mas’uliyyah (tanggungjawab), al-Musawah (persamaan) dan al-Taah (ketaatan) yang diambil daripada buku terbitan Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM yang bertajuk Pengurusan Islam: Teori dan Praktis (2008), penulisan Rashid Muhamad, Mohd Yadman Sarwan dan S. Salahudin Suyurno. TV AlHijrah sebagai sebuah stesen TV Islamik yang berfungsi sebagai medium dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat telah didapati oleh penulis bahawa stesen TV ini telah mengaplikasikan Prinsip Islam dalam intipati program yang disiarkan dalam mengangkat kehebatan Islam dalam dunia penyiaran di Malaysia.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Jamal, Nur Amira
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: TV AlHijrah; Prinsip Islam; Intipati program
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16879
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NUR AMIRA AHMAD JAMAL FF 16_5.pdf] Text
PPb_NUR AMIRA AHMAD JAMAL FF 16_5.pdf

Download (270kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16879

Indexing

Statistic

Statistic details