Cakera padat filem cetak rompak: kajian terhadap demografi yang mempengaruhi permintaan / Farah Hafizah Azman

Azman, Farah Hafizah (2016) Cakera padat filem cetak rompak: kajian terhadap demografi yang mempengaruhi permintaan / Farah Hafizah Azman. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_FARAH HAFIZAH AZMAN FF 16_5.pdf

Download (178kB) | Preview

Abstract

Lembah Klang merupakan salah satu kawasan yang kerap berhadapan dengan masalah penyelewengan filem cetak rompak. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor–faktor demografi yang mampu mempengaruhi permintaan pembeli cakera padat cetak rompak. Metodologi yang digunakan untuk mengumpul dapatan kajian merupakan kaedah kajian campuran kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik atas talian diisi oleh 105 orang responden lelaki dan perempuan secara rawak, kaedah temubual diadakan bersama dengan key informant bagi mengesahkan segala data yang terkumpul, kajian lapangan dan pemerhatian dijalankan untuk menyaksikan dan membuktikan sendiri kekerapan aktiviti haram menjual dan membeli cakera padat cetak rompak, serta kaedah pencarian maklumat lepas dan terbaru menerusi laman sesawang juga pembacaan di perpustakaan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawasanya selain dari faktor harga, faktor demografi sememangnya mampu mempengaruhi keputusan pembelian.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Cakera padat; Filem cetak rompak
Subjects: K Law > KZ Law of Nations > International legal regimes
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electronics
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
Date Deposited: 16 May 2017 03:45
Last Modified: 16 May 2017 03:45
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16874

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year