Lirik lagu tulisan S. Amin Shahab suci dalam debu, umpama mimpi dalam mimpi, dan asyik : satu kajian perlambangan sufisme / Izyan Zayanah Jumahat

Jumahat, Izyan Zayanah (2016) Lirik lagu tulisan S. Amin Shahab suci dalam debu, umpama mimpi dalam mimpi, dan asyik : satu kajian perlambangan sufisme / Izyan Zayanah Jumahat. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_IZYAN ZAYANAH JUMAHAT FF 16_5.pdf

Download (268kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengupas sufisme dari segi perlambangan (maksud tersurat dan tersirat) melalui tiga buah lirik lagu Suci dalam Debu, Umpama Mimpi dalam Mimpi dan Asyik tulisan S. Amin Shahab. Secara umumnya, ramai yang tidak tahu bahawa lagu-lagu tulisan beliau sedikit sebanyak berunsurkan sufisme atau dikenali sebagai ketuhanan. Menerusi kajian ini, penulis mengenal pasti dan menganalisis lambang sufisme dalam tiga buah lirik lagu Suci dalam Debu, Umpama Mimpi dalam Mimpi dan Asyik. Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis adalah kaedah analisis teks dengan menjadikan tiga buah lirik lagu yang dipilih sebagai bahan analisis. Penulis mendapati tiga buah lirik lagu Suci dalam Debu, Umpama Mimpi dalam Mimpi dan Asyik sememangnya berunsurkan sufisme. Di samping itu, penulis juga membuktikan bahawa unsur perlambangan yang terdapat di dalam ketiga-tiga lirik lagu tersebut tergolong di dalam laras Tasawuf. Penulis berharap kajian ini dapat membantu golongan penyelidik yang berminat dengan aliran sufisme untuk menjadikan kertas kajian ini sebagai bahan rujukan.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Lirik lagu; Perlambangan sufisme; S. Amin Shahab; Suci dalam debu; Umpama mimpi dalam mimpi; Asyik; Damasutra;
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry > Special kinds of poetry. Poetic genres > Lyric poetry > Songs
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 15 May 2017 02:29
Last Modified: 15 May 2017 02:29
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16856

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year