Pengecaman lengkok fertiliti ekstrim di Semenanjung Malaysia dengan pendekatan analisis plot kotak fungsian / Hazlenah Hanafiah, Adelina Ebun and Hasnawati Guliling

Hanafiah, Hazlenah and Ebun, Adelina and Guliling, Hasnawati (2016) Pengecaman lengkok fertiliti ekstrim di Semenanjung Malaysia dengan pendekatan analisis plot kotak fungsian / Hazlenah Hanafiah, Adelina Ebun and Hasnawati Guliling. Borneo Akademika, 1 (1). pp. 62-69. ISSN 2462-1641

[img]
Preview
Text
AJ_HAZLENAH HANAFIAH BA 16.pdf

Download (17MB) | Preview

Abstract

Pertumbuhan penduduk yang stabil dan konsisten memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang. Tahap fertiliti adalah suatu ukuran yang sangat bersesuaian dan merupakan komponen utama dalam memperihalkan isu kependudukan. Kebanyakan kajian terdahulu di Malaysia hanya menekankan kepada kaedah klasik yang lebih memfokus kepada data berbentuk titik. Justeru itu, kajian ini menerapkan konsep fungsian bagi melihat sejauh mana perubahan fertiliti secara menyeluruh sepanjang tempoh umur reproduktif. Unsur keselanjaran yang mencerminkan ciri sebenar fertiliti juga dapat digambarkan melalui pembinaan data fungsian tersebut. Analisis plot kotak fungsian dengan penerapan konsep kedalaman batas diaplikasikan bagi mengenal pasti lengkok ekstrim. Kaedah ini mampu menyediakan pengitlakan konsep median, persentil dan nilai ekstrim secara reruang melalui gambaran lengkok. Berdasarkan dapatan, tahap fertiliti di Semenanjung Malaysia tidak mengalami perubahan yang sangat ketara bagi kesemua peringkat umur reproduktif ibu. Walau bagaimanapun tahap fertiliti bagi kaum India menunjukkan wujudnya lengkok separa ekstrim iaitu pada tahun 1958 dan 1959 di kalangan ibu muda.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Fertiliti ekstrim; Semenanjung Malaysia; Plot kotak fungsian
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demography. Population. Vital events > Population geography. Migration > Migration, Internal > Malaysia
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Human capital > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA Sabah, Kota Kinabalu
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
Date Deposited: 08 May 2017 04:57
Last Modified: 08 Jun 2017 04:54
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16439

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year