Prosedur terjemahan unsur budaya dalam novel Sakura Mengorak Kelopak / Siti Norain Rosdi

Rosdi, Siti Norain (2016) Prosedur terjemahan unsur budaya dalam novel Sakura Mengorak Kelopak / Siti Norain Rosdi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian mengenai prosedur terjemahan yang memfokuskan kepada unsur budaya. Kajian ini mempunyai dua tujuan utama iaitu untuk mengenal pasti kategori unsur budaya dan mengkaji prosedur terjemahan unsur budaya yang digunakan dalam novel tersebut. Data dalam kajian ini diperolehi melalui novel Sakura Mengorak Kelopak dan berdasarkan terjemahannya The Sakura Petals Unfold. Kerangka teori yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah Kategori Unsur Budaya oleh Newmark (1988) dan Prosedur Terjemahan Unsur Budaya oleh Newmark (1988). Pendekatan kualitatif digunakan untuk menganalisis unsur-unsur budaya dalam kajian ini. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kelima-lima kategori unsur budaya yang diutarakan oleh Newmark (1988) terdapat dalam novel tersebut. Berdasarkan analisis, didapati bahawa 13 prosedur terjemahan digunakan untuk menterjemah unsur budaya dalam novel tersebut iaitu prosedur persamaan budaya, sinonim, pengguguran dan pengembangan, modulasi, analisis komponen, fungsian, pemindahan, terjemahan lain, kuplet, terjemahan literal, transposisi, persamaan deskriptif dan naturalisasi. Kajian ini dapat dirumuskan bahawa kategori unsur budaya paling banyak adalah kategori organisasi, adat, aktiviti dan konsep dan bagi prosedur terjemahan pula, prosedur yang paling kerap digunakan adalah prosedur persamaan budaya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rosdi, Siti Norain
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Translating and interpreting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Keywords: Novel; Sakura Mengorak Kelopak; Terjemahan
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16229
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SITI NORAIN BINTI ROSDI APB 16_5.pdf] Text
PPb_SITI NORAIN BINTI ROSDI APB 16_5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16229

Indexing

Statistic

Statistic details