Perlambangan imej orang muda dan orang tua dalam peribahasa Melayu: analisis teori relevans / Nurul Aida Nadira Anuar

Anuar, Nurul Aida Nadira (2016) Perlambangan imej orang muda dan orang tua dalam peribahasa Melayu: analisis teori relevans / Nurul Aida Nadira Anuar. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Peribahasa merupakan satu rumusan ringkas dan padat yang mencerminkan kebijaksanaan masyarakat Melayu melalui tafsiran penggunaan sesuatu lambang yang wujud di persekitaran mereka. Kajian ini bermatlamat untuk menjelaskan secara sintesis mengenai perlambangan imej orang muda dan orang tua yang digunakan dalam peribahasa Melayu dengan menggunakan teori Relevans. Data kajian ini diambil daripada bab satu (1), bab dua (2), bab lima (5), bab enam (6), dan bab tujuh (7) dalam CD-ROM Tikaman Bahasa (Siri Koleksi Warisan) yangditerbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002. Melalui kajian ini, unsur-unsur perlambangan imej orang muda dan orang tua yang digunakan dalam peribahasa Melayu dibincangkan secara terperinci dengan menggunakan teori Relevans. Unsur-unsur perlambangan imej orang muda dan orang tua juga dianalisis berdasarkan aspek makna perlambangan yang digunakan dalam peribahasa Melayu. Selain itu, kajian yang dilakukan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pola jenis perlambangan imej orang muda dan orang tua yang sering digunakan dalam peribahasa Melayu. Kajian ini memperlihatkan bahawa perlambangan imej orang tua yang digunakan dalam peribahasa Melayu lebih banyak mengandungi makna negatif berbanding perlambangan imej orang muda yang lebih menonjol dengan makna positif. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu telah berjaya melihat kepada persekitaran sekeliling mereka dan pengalaman hidup mereka dalam membina dan memilih perlambangan yang sesuai digunakan dalam sesebuah peribahasa sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang kreatif kerana dapat menyesuaikan perlambangan yang dikaitkan dengan persekitaran kognitif mereka ke dalam sesebuah peribahasa.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Anuar, Nurul Aida Nadira
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional
Keywords: Peribahasa Melayu; Analisis Teori Relevans
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16225
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 16225.pdf] Text
16225.pdf

Download (180kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16225

Indexing

Statistic

Statistic details