Peminjaman leksikal bahasa Inggeris dalam peristilahan ekonomi : analisis kaedah dan aspek peminjaman istilah / Amir Imran Jamil

Jamil, Amir Imran (2016) Peminjaman leksikal bahasa Inggeris dalam peristilahan ekonomi : analisis kaedah dan aspek peminjaman istilah / Amir Imran Jamil. Student Project. Academy of Language Studies, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_AMIR IMRAN JAMIL APB 16_5.pdf

Download (161kB) | Preview

Abstract

Unsur-unsur bahasa asing dikatakan telah lama meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sebelum pembukaan Tanah Melayu lagi. Bahasa asing juga kini masih digunakan dalam semua bidang, seperti pendidikan, undang-undang, dan sebagainya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peminjaman leksikal bahasa Inggeris dalam peristilahan ekonomi iaitu dalam Buku Panduan Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Penganalisisan terhadap buku panduan GST ini adalah berdasarkan kerangka konsep bagi kaedah peminjaman istilah bahasa Inggeris yang dikemukakan oleh Buku Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2005), dan Aspek Peminjaman Istilah Bahasa Inggeris yang digariskan dalam Teori Aspek Peminjaman Bahasa oleh Yule (1996). Melalui kaedah peminjaman istilah bahasa Inggeris, kaedah pinjaman tulen tanpa asimilasi merupakan kaedah peminjaman yang paling kerap digunakan dalam data yang kaji. Peminjaman bahasa Inggeris dalam data kajian juga turut memberi kesan kepada perubahan struktur suku kata, perubahan kepada jumlah struktur suku kata dan perubahan terhadap sistem bunyi.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Peminjaman leksikal; Bahasa Inggeris; Peristilahan ekonomi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
Divisions: Academy of Language Studies
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 13 Mar 2017 06:53
Last Modified: 13 Mar 2017 06:53
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16224

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year