Metafora hati dalam korpus tradisional dan korpus kontemporari : satu analisis teori hibrid / Nur Faizzah Mohd Zalkanil

Mohd Zalkanil, Nur Faizzah (2016) Metafora hati dalam korpus tradisional dan korpus kontemporari : satu analisis teori hibrid / Nur Faizzah Mohd Zalkanil. Student Project. Academy of Language Studies, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_NUR FAIZZAH MOHD ZALKANIL APB 16_5.pdf

Download (89kB) | Preview

Abstract

Manusia seringkali menggunakan metafora untuk mengekspresikan emosi yang bersifat abstrak. Antara isu yang cuba diketengahkan dalam kajian ini adalah tidak kesemua metafora terhasil daripada entiti yang bersifat abstrak. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk membincangkan penginterpretasian makna metafora HATI yang bersifat konkrit dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu dan kini. Perbandingan metafora HATI dalam masyarakat Melayu dahulu dan kini dilakukan untuk mendapatkan konsep metafora HATI secara menyeluruh. Data kajian ini menggunakan 70 prosa klasik yang diambil daripada pangkalan Malay Concordance Project dan 425 buah buku daripada pangkalan korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Analisis berasaskan Teori Hibrid ini telah dapat mengenal pasti dan menghasilkan dua rantau konsepsi iaitu rantau konsepsi EMOSI dan rantau konsepsi SIFAT yang memaparkan kognisi dan minda masyarakat Melayu dahulu dan kini. Selain itu, hasil penganalisisan data menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu lebih banyak mengekspresikan emosi negatif dan sifat positif mereka dalam bentuk metafora berbanding masyarakat Melayu kini. Pembuktian ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu sangat mementingkan kelembutan dalam pertuturan berbanding masyarakat Melayu kini. Jelasnya, Teori Hibrid mampu menjelaskan makna metafora HATI dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu dan kini secara menyeluruh dan sistematik.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Metafora HATI; Korpus Klasik; Korpus Kontemporari; Teori Hibrid
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Theory. Method
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History
Divisions: Academy of Language Studies
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 13 Mar 2017 08:49
Last Modified: 13 Mar 2017 08:49
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16218

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year