Lakuan bahasa menolak dalam filem Labu Dan Labi / Sharifah Farah Adila Syed Faizal Badrul

Syed Faizal Badrul, Sharifah Farah Adila (2016) Lakuan bahasa menolak dalam filem Labu Dan Labi / Sharifah Farah Adila Syed Faizal Badrul. Student Project. Academy of Language Studies, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_SHARIFAH FARAH ADILA SYED FAIZAL BADRUL APB 16_5.pdf

Download (35kB) | Preview

Abstract

Lakuan bahasa bermaksud ujaran atau pertuturan seharian yang memberikan makna tertentu mengikut konteks tertentu. Kajian ini meneliti aspek lakuan bahasa yang terdapat dalam filem “Labu dan Labi”. Fokus utama kajian ini adalah untuk menganalisis lakuan bahasa menolak dengan memperlihatkan dengan jelas strategi penolakan yang digunakan. Strategi-strategi penolakan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu strategi penolakan langsung yang terdiri daripada pernyataan ‘tidak”, tidak beserta justifikasi dan menggunakan partikel pragmatik manakala strategi penolakan tidak langsung terdiri daripada sarkastik, berpagar berserta sebab, menggunakan partikel pragmatik, mengelak dari menjawab, buat-buat bodoh dan menimbulkan pertanyaan. Setiap strategi dianalisis berserta aspek lakuan bahasa lokusi (lakuan pengucapan), ilokusi (niat penutur) dan perlokusi (tindakan penutur). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lapan strategi penolakan yang digunakan dalam filem “Labu dan Labi”, manakala strategi penolakan tidak langsung berpagar berserta sebab tidak digunakan dalam kajian ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa penutur kurang menjaga air muka ketika melakukan lakuan bahasa penolakan.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Lakuan; Bahasa menolak; Filem Labu Dan Labi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Academy of Language Studies
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 13 Mar 2017 09:28
Last Modified: 13 Mar 2017 09:28
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16215

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year