Kesyumulan konsep reda dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). / Nabila Farha Johar

Johar, Nabila Farha (2013) Kesyumulan konsep reda dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). / Nabila Farha Johar. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada kesyumulan konsep reda yang membawa kepada tindakan watak. Syumul merupakan satu terma yang membawa konotasi sebagai sesuatu yang bersifat menyeluruh. Sementara, redai merupakan sebuah konsep yang melibatkan kerelaan hati dalam menghadapi apa yang telah ditakdirkan terjadi. Penumpuan terhadap kajian ini melibatkan tiga objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen reda. Objektif yang kedua adalah untuk menganalisis konsep reda yang membawa kepada tindakan watak dalam filem dan yang terakhir sekali adalah untuk menginterpretasi konsep reda dalam mempengaruhi tindakan watak dalam filem. Dua buah filem akan digunakan sebagai sampel kajian iaitu Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). Dalam menganalisis berkenaan konsep reda yang membawa kepada tindakan watak, penggabungan dua pendekatan iaitu antara sudut pandang Islam dan barat bakal digunakan bagi menjalankan kajian ini. Kelangsungan dua pendekatan yang akan bertemu titik persamaan sekali gus, selari dengan matlamat kajian yang akan dijalankan iaitu dalam mengkaji tindakan dan tindak balas manusia berdasarkan konsep reda. Pendekatan konsep reda yang dibawa oleh As-Syeikh Ahmad Ridha’ dan Muhammad Khalid Thabit akan diaplikasikan di dalam kajian ini di samping, pendekatan behaviorisme yang bakal digunakan.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NABILA FARHA JOHAR FF 13_5.pdf] Text
PPb_NABILA FARHA JOHAR FF 13_5.pdf

Download (250kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15870

Indexing

Statistic

Statistic details