Kajian mengenai sesi pendidikan pengguna yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR): keberkesanannya terhadap pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA, Shah Alam / Mohd Firdhaus Yusuf

Yusuf, Mohd Firdhaus (2002) Kajian mengenai sesi pendidikan pengguna yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR): keberkesanannya terhadap pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA, Shah Alam / Mohd Firdhaus Yusuf. Student Project. Faculty of Information Management, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_MOHD FIRDHAUS YUSUF IM 02_5.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ilmiah ini akan membincangkan tentang keberkesanan sesi "pendidikan pengguna" yang dianjurkan oleh PTAR. Secara keseluruhannya, objektif penyelidikan yang akan dijalankan ini adalah bagi melihat tahap penggunaan sumber perpustakaan dengan betul dan berkesan dan mengetahui sejauh manakah sesi pendidikan pengguna ini berkesan dalam mempertingkatkan kemahiran pencarian maklumat oleh pelajar di PTAR. Kajian ini dilakukan dengan mendapatkan 50 orang yang terdiri dikalangan pelajar tahun satu Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Di antara cadangan yang disarankan oleh penyelidik adalah pihak perpustakaan perlu mengkaji setiap aspek kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam sesi pendidikan pengguna yang sedia ada bagi mempertingkatkan serta memperkukuh program pendidikan pengguna yang akan dijalankan oleh PTAR pada masa akan datang. Penyelidik telah mendapati bahawa program pendidikan pengguna yang disediakan oleh pihak PTAR tidak mencapai objektif atau sasarannya, pihak yang terlibat dalam menyediakan program pendidikan pengguna kepada para pelajar ini seharusnya mempunyai suatu pendekatan yang sistematik dan konsisten bagi memastikan setiap sumber yang terdapat di perpustakaan dapat dimanfaat sepenuhnya oleh para pelajar. Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam proses pencarian atau pengaksesan maklumat merupakan sebagai satu asas penting kepada para pelajar di pusat pengajian tinggi untuk mempertingkatkan penguasaan mereka sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademik.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Pendidikan pengguna; Perpustakaan; PTAR
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Personnel. Librarians
Divisions: Faculty of Information Management
Depositing User: Staf Pendigitan 3
Date Deposited: 20 Dec 2016 02:12
Last Modified: 20 Dec 2016 02:12
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15822

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year