Kepentingan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA / Haniffah Amit

Amit, Haniffah (2002) Kepentingan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA / Haniffah Amit. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Penggunaan teknologi maklumat (IT) di dalam bidang pendidikan semakin mendapat tempat di dalam Malaysia. Penggunaan aplikasi berorientasikan multimedia semakin meluas bermula dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Kajian ini adalah satu tinjauan tentang kepentingan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik penggunaan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran serta untuk mengetahui keberkesanan penggunaan multimedia dalam pembelajaran. Di samping itu kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan multimedia dalam meningkatkan taraf kelulusan pelajar dan mengenalpasti sama ada multimedia dapat menyelesaikan masalah pelajar dalam pemahaman sesuatu teori semasa sesi pembelajaran. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar termasuk pensyarah di Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 23 soalan yang berkaitan dengan penggunaan multimedia dalam proses pembelajaran mereka. Dengan ini, kaedah graf dan jadual digunakan untuk mengukur objektif dan menguji hipotesis kajian. Semua data dianalisis dengan menggunakan kaedah pengiraan menggunakan Microsoft Excel melalui Microsoft Window 2000. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan multimedia adalah sangat penting di Fakulti Pengajian Maklumat dalam meningkatkan prestasi pelajar dan untuk mengenalpasti sama ada multimedia dapat menyelesaikan masalah pelajar dalam pemahaman di samping mengenalpasti corak pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar dan pensyarah. Oleh itu, terdapat hubungan yang penting di antara tahap penggunaan multimedia di kalangan pelajar dengan tahap pendidikan yang di terima oleh mereka. Penggunaan multimedia ini diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced, dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan negara, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia. Rasionalnya multimedia ini sangat penting dalam era teknologi maklumat (IT).

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Amit, Haniffah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Visual education
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management
Keywords: Multimedia; Pembelajaran; Pengajaran
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15752
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_HANIFFAH AMIT IM 02_5.pdf] Text
PPb_HANIFFAH AMIT IM 02_5.pdf

Download (6MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15752

Indexing

Statistic

Statistic details