Kajian ke atas permasalahan kelewatan proses kelulusan tukar syarat tanah (kes kajian : Pejabat Tanah Dan Galian Selangor) / Hazrul Mamat

Mamat, Hazrul Kajian ke atas permasalahan kelewatan proses kelulusan tukar syarat tanah (kes kajian : Pejabat Tanah Dan Galian Selangor) / Hazrul Mamat. Student Project. Faculty of Architecture , Planning and Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
TD_HAZRUL MAMAT AP 99_5.PDF

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembangunan pesat sesebuah negeri menuntut pengorbanan yang tinggi dari aspek harta tanah pada hari ini terutamanya jenis kegunaan tanah pertanian.Justeru itu, pembangunan ini memerlukan kepada penukaran syarat penggunaan tanah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Kanun Tanah Negara 1965.Tukar syarat tanah merupakan satu proses penting di dalam sesuatu pembangunan harta tanah. Di samping menaikan nilaian tanah, ia sebenarnya membolehkan harta tanah tersebut dibangunkan mengikut perancangan Pihak Berkuasa Negeri. Walaubagaimanapun masalah kelewatan di dalam memberikan kelulusan tukar syarat menjadi satu isu yang hangat diperbincangkan bukan sahaja kepada pihak pemohon, tetapi juga kepada Pihak Berkuasa Negeri.Oleh yang demikian, kajian yang dilakukan terhadap prosedur tukar syarat tanah ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca kepada masalah ini dan seterusnya memberikan komen serta cadangan untuk memperbaiki masalah tersebut.Kesimpulannya, kajian ini telah dapat membuktikan bahawa masalah ini sememangnya berlaku dan akhirnya beberapa cadangan yang difikirkan wajar digariskan untuk memperbaiki masalah kelewatan di dalam kelulusan tukar syarat ini.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Kelulusan Syarat; Tukar tanah
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Public policy (General). Policy sciences
N Fine Arts > NA Architecture > Architecture and state
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Depositing User: Staf Pendigitalan 6
Date Deposited: 30 Nov 2016 03:08
Last Modified: 30 Nov 2016 03:08
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15520

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year