Sistem pengurusan penyelenggaraan bangunan Institut Kemahiran MARA / Nik Sharifullah Nik Kob

Nik Kob, Nik Sharifullah (2000) Sistem pengurusan penyelenggaraan bangunan Institut Kemahiran MARA / Nik Sharifullah Nik Kob. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_NIK SHARIFULLAH NIK KOB AP 00_5.PDF

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan institusi pengajian memerlukan pengurusan tenaga kerja yang cekap. Sifat kerja penyelenggaraan bangunan yang berbagai-bagai dengan jumlah pekerja yang tidak seimbang akan menyebabkan kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Bagi sesebuah institusi pengajian yang beorientasikan latihan vokasional seperti Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia yang mana mempunyai berbagai kemudahan khususnya bangunan dan kelengkapan adaiah perlu ianya diurus dengan sebaik mungkin bagi menjamin kemudahan yang disediakan dapat berfungsi dengan baik untuk jangkamasa yang panjang. Bangunanbangunan tersebut jika tidak diselenggara dengan sempurna akan rosak sebelum waktunya dan menjejaskan proses latihan yang berasaskan kemahiran teknikal ini. Bangunan ini adaiah tergolong dalam bangunan awam milik kerajaan yang dikatakan tidak diselenggara dengan sempurna. Objektif utama kajian ini ialah untuk mendedahkan serta memberi gambaran yang sebenar mengenai perlaksanaan penyelenggaraan yang diamalkan oleh pihak pengurusan !KM. Penekanan adaiah ditumpukan dari aspek gunatenaga pekerja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelenggaraan iaitu pihak pengurusan sebagai perancang dan pekerja am sebagai pelaksana.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Penyelenggaraan bangunan; Pengurusan tenaga kerja; Kemahiran teknikal
Subjects: T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 17 Nov 2016 12:02
Last Modified: 17 Nov 2016 12:02
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15459

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year