Pemaparan seni silat sebagai warisan budaya dalam filem Melayu / Mohamad Shazrul Supian

Supian, Mohamad Shazrul (2014) Pemaparan seni silat sebagai warisan budaya dalam filem Melayu / Mohamad Shazrul Supian. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini akan tertumpu kepada pemaparan seni silat yang bukan hanya memaparkan aksi tetapi turut menyelitkan unsur warisan budaya. Kajian ini akan melihat kepada empat buah filem yang mempunyai unsur seni silat. Filem pertama yang dikaji adalah filem Hang Tuah (1956), Hang Jebat (1961), Pendekar (1977) dan Puteri Gunung Ledang (2004). Sebenarnya, seni silat itu sendiri sarat dengan pelbagai ilmu dan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat terutama bangsa Melayu itu sendiri. Seni silat tidak hanya mengajar tentang aksi atau pergerakan dalam menghadapi sebuah perlawanan semata-mata tetapi ia mengajar individu atau masyarakat tentang nilai murni dan budaya yang seharusnya menjadi warisan kepada setiap anggota masyarakat. Hal inilah yang ingin dibuktikan menerusi kajian ini bahawa dalam sesebuah filem silat itu ditunjukkan bagaimana seorang watak pesilat ataupun naratif persilatan itu sendiri membawa penonton dan masyarakat kepada kelangsungan warisan budaya dalam kehidupan seharian. Kajian ini akan menganalisa dan melihat kepada watak utama beserta perwatakannya, watak pembantu dan perwatakannya, persamaan budaya dan warisan budaya utama dalam naratif setiap filem serta budaya yang diangkat sebagai elemen spectacle seni silat dalam mise-en-scene beberapa babak yang dipilih. Hasil kajian mendapati bahawa seni silat yang berdiri sebagai warisan budaya telah mendidik seseorang anggota masyarakat tentang nilai moral dalam kehidupan serta keperibadian yang lebih mulia. Elemen-elemen seni silat yang lain seperti senjata (keris) dan pakaian (baju Melayu) juga mencerminkan ketinggian nilai warisan budaya beserta pergerakan yang penuh hemah.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Supian, Mohamad Shazrul
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Culture in motion pictures
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Seni Silat, Warisan Budaya, Filem Melayu
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15093
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MOHAMAD SHAZRUL SUPIAN FF 14_5.pdf] Text
PPb_MOHAMAD SHAZRUL SUPIAN FF 14_5.pdf

Download (180kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15093

Indexing

Statistic

Statistic details