Kaedah lakonan Emotional Memory dalam pembentukan watak Awi dan Puan Syawiqa dalam Projek Teater Asylum / Siti Aishah Mohd Termizi

Mohd Termizi, Siti Aishah (2014) Kaedah lakonan Emotional Memory dalam pembentukan watak Awi dan Puan Syawiqa dalam Projek Teater Asylum / Siti Aishah Mohd Termizi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini dibuat adalah untuk menghuraikan mengenai kepentingan elemen emotional memory dalam proses pembentukan watak Awi dan Puan Syawiqa di dalam Teater Asylum. Kepentingan elemen emotional memory di dalam proses pembentukan lakonan ini dirungkaikan bagi mengenalpasti bahawa emosi memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sesuatu watak di atas pentas. Oleh itu, bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah metodologi kualitatif bagi menyokong tajuk kajian ini. Antara kaedah yang digunakan adalah seperti kaedah pemerhatian, kaedah temubual dan kaedah pembacaan. Melalui dapatan kajian yang dibuat ke atas watak Awi dan Puan Syawiqa melalui kaedah emotional memory di dalam lakonan, ia telah dapat membentuk perwatakan seorang pesakit mental yang melakonkan seorang ahli politik dengan berkesan. Oleh yang demikian, diharapkan elemen emotional memory dapat memberi manfaat kepada pelakon amatur khususnya di dalam proses pembentukan lakonan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Termizi, Siti Aishah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Technique of dramatic composition
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Elemen emotional memory; Teater Asylum; Lakonan
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15076
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SITI AISHAH MOHD TERMIZI FF 14_5.pdf] Text
PPb_SITI AISHAH MOHD TERMIZI FF 14_5.pdf

Download (267kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15076

Indexing

Statistic

Statistic details