Patriotisme sebagai elemen sinema nasional: Kajian terhadap filem Tanda PuterA (2013) / Siti Rahimah Buniamin

Buniamin, Siti Rahimah (2014) Patriotisme sebagai elemen sinema nasional: Kajian terhadap filem Tanda PuterA (2013) / Siti Rahimah Buniamin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Filem dikatakan medium yang sesuai bagi menerapkan unsur patriotisme dalam diri masyarakat terutama kepada golongan muda. Filem patriotik yang memaparkan peristiwa – peristiwa bersejarah boleh membawa masyarakat kepada perasaan jati diri atau kecintaan kepada bangsa dan negara. Justeru itu, kajian ini menekankan patriotisme sebagai elemen sinema nasional : satu kajian terhadap filem Tanda Putera (2013). Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan dan menganalisis ciri – ciri patriotisme yang terdapat di dalam filem Tanda Putera. Bagi tujuan tersebut pengkaji menggunakan kaedah analisis teks dan penontonan filem secara berulang. Hasil kajian ini mendapati bahawa filem Tanda Putera merupakan sebuah filem patriotisme yang bertemakan kenegaraan yang menceritakan sejarah perjuangan tokoh yang ingin menuntut kemerdekaan. Berdasarkan kajian ke atas babak – babak yang terdapat di dalam filem Tanda Putera, walaupun tidak kesemua lima ciri - ciri patriotisme dipaparkan di dalam filem ini, namun sokongan bagi tiga ciri yang lain sudah cukup kuat untuk meletakkan filem Tanda putera sebagai sebuah filem patriotisme

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Buniamin, Siti Rahimah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > General special. Including criticism, aesthetics, etc. Film genres. Semiotics. Illusion in motion pictures
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Filem Patriotisme; Elemen sinema nasional; filem Tanda Putera (2013)
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15055
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SITI RAHIMAH BUNIAMIN FF 14_5.pdf] Text
PPb_SITI RAHIMAH BUNIAMIN FF 14_5.pdf

Download (453kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15055

Indexing

Statistic

Statistic details