Kajian ke atas pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan UiTM Pulau Pinang terhadap pengetahuan dan sikap ke arah teknologi maklumat / Rosley Jaafar, Abd. Rahman Hemdi and Lim Jiunn Hsuh

Jaafar, Rosley and Hemdi, Abd. Rahman and Lim, Jiunn Hsuh (2007) Kajian ke atas pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan UiTM Pulau Pinang terhadap pengetahuan dan sikap ke arah teknologi maklumat / Rosley Jaafar, Abd. Rahman Hemdi and Lim Jiunn Hsuh. Esteem Academic Journal, 7. pp. 185-196. ISSN 1675-7939

[img]
Preview
Text
AJ_ROSLEY JAAFAR ESTEEM 07.pdf

Download (18MB) | Preview

Abstract

Literasi terhadap teknologi maklumat dan komputer perlu disemai dari peringkat awal pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi bagi membentuk masyarakat yang mampu melepasi cabaran globlisasi di era digital. Institusi pengajian tinggi awam dan swasta semestinya memainkan peranan supaya boleh membekalkan pelajar yang berkualiti, berkebolehan untuk bersaing dalam arus globalisasi dunia siber dan seterusnya menjayakan wawasan 2020 negara. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pengetahuan asas teknologi maklumat dan sikap terhadap teknologi maklumat ke atas 284 orang pelajar diploma kejuruteraan dalam bidang mekanikal, awam dan elektrik yang berada di semester 6, 7 dan 8 Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati tahap pengetahuan asas teknologi maklumat mereka adalah tinggi dan mempunyai sikap positif untuk ke arah teknologi maklumat. Didapati bahawa seseorang yang mempunyai pengetahuan teknologi maklumat yang baik (tinggi) akan bersikap positif terhadap teknologi maklumat. Sikap positif mereka tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor demografi, pengalaman menggunakan komputer dan jenis program kejuruteraan yang diambil. Walau bagaimanapun jenis program kejuruteraan yang diambil serta jantina mempunyai hubungan signifikan yang lemah terhadap tahap pengetahuan asas teknologi maklumat mereka tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas faktor-faktor latar belakang keluarga, pengalaman menggunakan komputer dan pemilikan komputer.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teknologi maklumat; Pengetahuan; Sikap; Komputer; Pelajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Technology. Educational technology > Malaysia
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 05 Oct 2016 07:59
Last Modified: 05 Oct 2016 07:59
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14870

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year