Penentuan paras fosfat terlarut (PO4-P) di Tasik Timah Tasoh, Perlis / Hasnun Nita Hj Ismail

Ismail, Hasnun Nita (2003) Penentuan paras fosfat terlarut (PO4-P) di Tasik Timah Tasoh, Perlis / Hasnun Nita Hj Ismail. Jurnal Intelek, 1. pp. 86-93. ISSN 2231-7716

[img]
Preview
Text
AJ_HASNUN NITA HJ ISMAIL JI 03.pdf

Download (33MB) | Preview

Abstract

Satu kajian untuk mendapatkan paras kepekatan fosfat terlarut (P04-P) telah dijalankan di Tasik Timah Tasoh, Perlis dari Oktober 2000 hingga Februari 2001. Parameter yang termasuk dalam ukuran selain daripada fosfat adalah pH, suhu. keterlarutan oksigen dan klorofil a. Kajian ke atas kepeibagaian alga juga dilakukan untuk mengenalpasti kedominanan spesies dan kehadiran spesies yang menjadi petunjuk kepada status tasik. Daripada hasil kajian, keputusan mendapati bahawa nilai kepekatan fosfat adalah lebih tinggi di kavvasan stesen yang menerima aliran air masuk (Stesen ST dan Stesen SP) daripada stesen yang terletak di kawasan limnetik (Stesen TT dan Stesen TK). Stesen ST menunjukkan pengurangan kualiti air dari segi keterlarutan oksigen yang rendah dibandingkan dengan semua stesen. Kajian alga pula menunjukkan pertumbuhan yang pesat semasa musim panas berbanding dengan musim hujan. Stesen yang menunjukkan jumlah populasi tertinggi adalah Stesen TT manakala jumlah populasi alga terendah didapati pada Stesen SP. Antara spesies yang menunjukkan letusan populasi adalah Aulacoseira sp. dan Pediastrum sp. Letusan populasi menyebabkan spesies berkenaan mempunyai bilangan individu yang sangat jauh berbeza daripada bilangan individu pada spesies yang lain. Stesen ST didapati mempunyai kepeibagaian yang tertinggi semasa musim hujan dengan 15 spesies manakala Stesen SP menunjukkan kepeibagaian terendah dengan 8 spesies sahaja dijumpai. Semasa musim panas pula Stesen ST tetap mempunyai bilangan spesies yang tertinggi dengan 12 spesies yang dijumpai manakala ST mempunyai 6 spesies sahaja yang dijumpai. Spesies Aulacoseira dan Pediastrum adalah antara spesies yang paling biasa ditemui pada tasik eutrofik (Shamsuddin, 1991; Akbay et. al., 1999). Oleh itu berdasarkan kepada nilai P04-P yang tinggi (sama dan melebihi 0.02 mg/1) dan jenis alga yang dominan, Tasik Timah Tasoh dikelaskan sebagai tasik eutrofik semasa tempoh persampelan dijalankan. Analisa statistic (p<0.05) dengan menjalankan ujian ANOVA dilakukan untuk semua parameter mengikut perbandingan stesen, musim dan paras tasik. Manakala ujian korelasi didapati menunjukkan terdapatnya perhubungan positif secara bererti antara kepekatan fosfat dan klorofil a.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Eutrofikasi tasik; Populasi alga; Fosfat terlarut
Subjects: Q Science > QH Natural history - Biology > Ecology > Ecosystem health
Q Science > QH Natural history - Biology > Wetlands. Including marshes, swamps, moors, bogs, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 20 Sep 2016 05:52
Last Modified: 20 Sep 2016 05:52
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14724

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year