Adat istiadat perkahwinan orang Melayu lama di Melaka / Norizawati Mamat @ Yusof

Mamat @ Yusof, Norizawati (2000) Adat istiadat perkahwinan orang Melayu lama di Melaka / Norizawati Mamat @ Yusof. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tesis ini adaiah untuk mengkaji mengenai adat istiadat perkahwinan orang Melayu lama yang diamalkan hingga kini di Melaka . la melibatkan kajian mengenai sejarah kedatangan Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang mana kedua-dua adat ini berkait rapat dengan adat perkahwinan orang Melayu lama di Melaka. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenai pasti faktor-faktor yang menyumbang ke arah perubahan dalam adat perkahwinan di Melaka pada masa kini. Kesignifikan : Tesis ini pula mempunyai kepentingan dalam mendokumentasikan khazanah kebudayaan bangsa Melayu agar ianya tidak luput dari ingatan bangsa Melayu yang akan datang. Maka dengan penghasilan tesis ini, dapatlah diketahui bahawa masyarakat Melayu pada masa dahulu amat kuat berpegang pada adat yang mana segenap aspek dalam adat disusun begitu halus dan menarik. Prosedur : Penulis telah menjalankan pelbagai kaedah dalam menyempurnakan tesis ini. Di antara kaedah yang telah dijalankan ialah menemuramah Dato Sidang Alor Gajah iaitu Haji Latif bin Ali. Temuramah juga turut dijalankan dengan Hajah Zainon bt. Hassan yang melangsungkan perkahwinannya pada zaman pemerintahan British ( 1937 ) serta beberapa orang perseorangan juga turut ditemubual. Kesimpulan : Daripada apa yang telah diperolehi, dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat Melayu dahulu amat berpegang kuat pada adat. Tetapi apa yang didapati sekarang, amalan masyarakat terhadap adat begitu longgar dan mula terhakis oleh arus permodenan dan semangat keislaman.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mamat @ Yusof, Norizawati
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to private life
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Adat Perlahwinan Melayu Lama; Adat Temenggung; Adat Perpatih
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14722
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_NORIZAWATI MAMAT@YUSOF AD 00_5.pdf] Text
TD_NORIZAWATI MAMAT@YUSOF AD 00_5.pdf

Download (145kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14722

Indexing

Statistic

Statistic details