Bagaimana pengiklanan televisyen dan suratkhabar menjadikan kanak kanak 3 hingga 12 tahun sebagai daya tarikan dalam iklan mereka / Mohd Sukri Che Hamid

Che Hamid, Mohd Sukri (2000) Bagaimana pengiklanan televisyen dan suratkhabar menjadikan kanak kanak 3 hingga 12 tahun sebagai daya tarikan dalam iklan mereka / Mohd Sukri Che Hamid. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_MOHD SUKRI CHE HAMID AD 00_5.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Pemilihan tesis yang bertajuk "Penggunaan kanak kanak 3 hingga 12 tahun dalam periklanan televisyen dan surat khabar di Malaysia" menjadi pilihan saya kerana topik ini sungguh menarik. Tujuannya adalah untuk melihat dan mengkaji sejauh manakah penglibatan kanak kanak dalam iklan. Mengapa mereka menjadi visual pilihan. Apakah ciri ciri menarik yang ada pada kanak kanak. Hubungan kanak kanak dengan keluarga, budaya dan persekitaran. Pihak pengiklan mendapati kanak kanak mampu mencuit hati pengguna dan penonton. Kaedah yang digunakan ialah dengan meneliti, membuat kajian dan menghuraikannya. Kenapa kanak kanak dimasukkan dalam beberapa jenis iklan, mengapa mereka dimasukkan dan apakah mesej yang mahu disampaikan. Sejauh mana keberkesanan iklan tersebut. Apakah badan dan akta yang terlibat. Bagaimana periklanan pada zaman dahulu dan perbezaan dengan sekarang. Stesen televisyen menjadi tumpuan pengiklan diikuti surat khabar, radio dan majalah. Periklanan televisyen paling banyak dibuat. Hasil keputusan mendapati kanak kanak memang dieksploitasi sepenuhnya untuk kepentingan pengiklan. Kanak kanak tidak sahaja ditumpukan pada iklan susu dan makanan ringan malah telah dimasukkan dalam iklan perbankan, pengangkutan dan sebagainya. Skop telah diperkembangkan.Kesimpulannya kanak kanak dan iklan memang tidak boleh dipisahkan kerana kanak kanak mempunyai daya pujuk yang cukup berjaya sebab itulah mereka telah dimasukkan kedalam pelbagai jenis iklan. Apa yang membimbangkan ialah tidak ada kawalan yang betul betul dibuat keatas iklan iklan mengelirukan ini walaupun telah diwujudkan badan dan pihak yang bertanggungjawab. Persoalan ini masih tidak terjawab sehingga ke hari ini. Penulis mendapati ada pihak yang cuba mengupas isu ini contohnya Persatuan Pengguna Kebangsaan (FOMCA) tetapi usaha mereka tidak mempunyai jalan penyelesaian. Rumusan yang boleh dibuat ialah penggunaan kanak kanak dalam iklan berleluasa dan masih lagi pada tahap yang dapat dikawal. Belum terdapat lagi iklan yang betul betul menghentam budaya dan adat Timur atau menyentuh isu isu sensitif seperti politik. Tahap disclaimer (pernyataan yang dibuat berfungsi untuk memberi maklumat, penerangan yang mempunyai potensi untuk disalah anggap, atau kenyataan mengelirukan didalam sesuatu iklan) yang masih dibawah paras bahaya. Walaupun. ianya masih belum diperingkat serins tapi langkah berjaga jaga harus diambil secepat mungkin. Jangan biarkan pihak pengiklan menggunakan kanak kanak sebagai daya pemujuk sesuka hati. Kalau pihak berkuasa tidak mulakan sekarang sudah pasti jalan penyelesaian tidak akan terhasil.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Periklanan televisyen; Periklanan surat khabar; Kanak-kanak dan iklan
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Miscellaneous genres and media, not limited by time period, style, place, or subject matter > Multimedia art
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Commercial art. Advertising art
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
Date Deposited: 21 Sep 2016 04:46
Last Modified: 21 Sep 2016 04:46
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14700

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year