Tokoh kraf negara: Haji Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (satu kajian biografi) / Tengku Saripah Haji Tengku Ibrahim

Tengku Ibrahim, Tengku Saripah (2000) Tokoh kraf negara: Haji Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (satu kajian biografi) / Tengku Saripah Haji Tengku Ibrahim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Masalah Penyelidikan: Persoalan yang utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji dan mengenali dengan lebih dekat siapakah Tokoh Kraf Negara. Ia akan melibatkan kajian mengenai
sejarah kehidupan beliau dalam seni ukir yang merangkumi kajian terhadap latar belakang pendidikan beliau dan sebagainya. Kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengenalpasti karya-karya yang telah disumbangkan kepada negara, untuk mengetahui
bagaimanakah cara beliau bekerja serta motif-motif ukiran yang menjadi kegemarannya. Penelitian akan dibuat terhadap keistimewaan yang terdapat dalam diri beliau serta ukiran
yang dibuat.

Kesignifikanan: Kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rakaman kehidupan seorang pengkarya seni yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Ia juga boleh dijadikan satu bahan rujukan kepada peminat seni tanahair yang ingin mengenali dengan lebih dekat serta mengkaji keunikan yang terdapat dalam ukirannya. Selain daripada itu kajian ini penting sebagai dokumen bahan sejarah untuk tatapan generasi akan datang serta mengenengahkan keistimewaan ukirannya kepada bakat-bakat baru dalam bidang seni ukir Melayu agar mereka menjadikan beliau sebagai contoh dan teladan.

Prosedur: Tokoh Kraf Negara iaitu Haji Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook telah ditemuramah
dalam beberapa pertemuan di antara penulis. Temuramah ini dilakukan untuk mengenali diri dan kehidupan beliau dengan lebih dekat agar keistimewaan yang terdapat dalam diri beliau dapat dikongsi bersama. Panel hakim yang terlibat dalam menghakimi penganugerahan ini seperti Professor Dr. Tamyez Bajuri juga ditemuramah. Tokoh Seniman Negara 1997 iaitu Tuan Haji Wan Su Othman, beberapa orallg ahli keluarga Tengku Ibrahim
dan juga sebilangan pencinta seni juga turnt ditemubual.
Kesimpulan: Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah Tengku Ibrahim bin Tengku Wook adalah ibarat sebutir mutiara yang menyinar di persada seni. Adalah menjadi satu tanggung jawab untuk kita menjaga warisan bangsa yang satu-satunya ini untuk tatapan generasi akan datang supaya bakat serta ilmu yang ada dalam diri beliau tidak terkubur begitu sahaja, tetapi diluahkfuI, dipelajari, diteliti darl dihayati bersama.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tengku Ibrahim, Tengku Saripah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NE Print media > Wood engraving. Woodcuts. Xylography. Block printing > Wood engravers (Lives and works) > Malaysia
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Biography > Individual, A-Z > Tengku Ibrahim (Haji) Tengku Wook > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Tokoh kraf negara, Haji Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook, warisan bangsa
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14393
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_TENGKU SARIPAH HAJI TENGKU IBRAHIM AD 00_5.pdf] Text
TD_TENGKU SARIPAH HAJI TENGKU IBRAHIM AD 00_5.pdf

Download (4MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14393

Indexing

Statistic

Statistic details