Satu kajian diskripsi tentang amalan tradisi seni andaman masyarakat Melayu di Melaka / Rositah Kasim

Kasim, Rositah (2000) Satu kajian diskripsi tentang amalan tradisi seni andaman masyarakat Melayu di Melaka / Rositah Kasim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_ROSITAH KASIM AD 00_5.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Masalah penyelidikan Bertujuan untuk mengkaji secara terperinci dan mendalam hal-hal yang berkaitan dengan seni andaman dalam perkahwinan masyarakat Melayu di Melaka. Selain daripada mengkaji secara terperinci serta rnendalam, dapat juga mengetahui amalan-amalan andainan tradisional yang masih diamalkan pada masa sekarang dan dapat membuat kajian perbezaan yang terdapat antara andaman masa dahulu dan masa kini. Kesignifikan : Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada masyarakat Melayu di Melaka masih mengamalkan seni andaman secara tradisional atau tidak. Disamping dapat mengetahui perbezaan antara seni andaman masa dulu dan kini. Selain itu juga dapat mengetahui samada masyarakat muda sekarang mahu diandam secara tradisional atau tidak semasa perkahwinan mereka. Dan Kajian ini juga dapat memberikan pendedahan seni andaman secara tradisional kepada generasi baru. Prosedur Penulis telah menemuramah mak andam Hajjah Mawe Atan untuk mendapatkan maklumat tentang andaman di daerah Jasin. Disamping itu temubual bersama mak andam Julira Norleenda pula adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai seni andaman di daerah Melaka Tengah dan serba sedikit tentang seni andaman di daerah Jasin. Penulisjuga telah menemuramah Puan Zaiton binti Hasan yang telah melalui acara andaman semasa melangsungkan perkahwinannya di Jasin. Kesimpulan Rurnusannya saya dapat melihat bagaimana masyarakat Melayu begitu mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan budaya mereka. Masyarakat Melayu sallgat menitikberatkan adat-adat dalam segala hal termasuklah dalam seni andaman. Andaman merupakan suatu perkara yang penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu Melaka. lni kerana tujuan berandam ialah untuk menaikkan seri pengantin, supaya pada hari persan.dingan nanti wajah pengantin akan kelihatan berseri-seri. Berandam tidaklah sampai mencemarkan adat-adat unsur-unsur agama. Bermula daripada keluar rumah, mengandam sehinggalah selesai majlis hanya potongan ayat-ayat suci AI-Quran dilafazkan dan bacaan doa-doa yang tidak mempunyai unsur memuja sesuatu. Jika mengikut perkahwinan Melayu lama adat berandam sangat penting. Dan mak andam menjadi orang penting kepada pengantin sehingga selesainya perkahwinan. Pada masa sekarang andaman dilakukan mengikut kesesuaian masa kini.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Seni andaman pengantin, mak andam, seri pengantin, Melayu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BH Aesthetics
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Hairdressing, barbering, beauty culture, cosmetology, etc. Including beauty shop practice > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Admin Pendigitan 2 PTAR
Date Deposited: 26 Jul 2016 08:20
Last Modified: 26 Jul 2016 08:20
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14386

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year