Kajian mengenai identiti korporat hotel di Malaysia (kajian kes : Hotel Equatorial) / Molin Azwa Rafie

Rafie, Molin Azwa (2000) Kajian mengenai identiti korporat hotel di Malaysia (kajian kes : Hotel Equatorial) / Molin Azwa Rafie. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_MOLIN AZWA RAFIE AD 00_5.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah mengenai kepentingan identiti korporat bagi sesebuah hotel. Kajian menyeluruh dijalankan terhadap kepentingan identiti korporat bagi Hotel Equatorial di Malaysia, khususnya di Bangi dan penggunaan elemen-elemen seni reka dalam menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkualiti bukan sahaja untuk pengguna tempatan malah pengguna luar. Kajian ini dapat menerangkan bagaimana fungsi dan kepentingan identiti korporat Hotel Equatorial terhadap setiap perkhidmatan dan rekaan produk mereka dalam memperkenalkan dan mempromosikan hotel ini di kalangan masyarakat khususnya para pelanggan mereka terutamanya para pelancong sarna ada tempatan atau asing. Antaranya promosi perkhidmatan dan penginapan di hotel tersebut dan kemudahan yang di sedia kan di Hotel Equatorial dalam memperkenalkan identiti mereka kepada para pelanggan. Identiti korporat berkaitan dengan empat konsep utama iaitu daripada sudut persekitaran (Enviroment), Tingkah laku (Behavior), Produk dan Komunikasi (Communication) di mana ia saling berkaitan dan mempunyai kepentingan tersendiri. Kajian ini juga membincangkan reka bentuk seperti logo dan brochure melalui penggunaan elemen-elemen seni reka seperti penggunaan wama, simbol, muka taip dan proses wama yang di gunakan dan sebagainya. Penulis mendapatkan maklumat kaedah pemerhatian dan melalui temu bual yang di jalankan dengan pihak pengurusan Hotel Equatorial dan kakitangan yang terlibat dalam pembikinan setiap rekaan yang dikeluarkan oleh setiap Jabatan yang terdapat di Hotel tersebut. Kaedah soal selidik telah dijalankan dan borang soal-selidik diedarkan bagi mendapatkan peratusan mengenai keberkesanan identiti korporat Hotel Equatorial kepada masyarakat dan terutamanya kepada pengunjung di Hotel tersebut. Kesimpulannya penyelidikan ini dapat memberi sedikit-sebanyak panduan kepada para pelajar terutamanya mengenai kepentingan elemen-elemen seni reka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik, berkualiti dan juga mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. Ia juga dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan masyarakat luar secara amnya. Hasil kajian ini juga dapat menambah pengetahuan para pembaca mengenai kaedah-kaedah sebuah badan korporat khususnya hotel dalam membentuk sebuah identiti syarikat yang mantap dan berkesan. Melalui kajian ini dapat disimpulkan sektor perhotelan mestilah mempunyai suatu identiti korporat yang tersendiri, kukuh serta dapat memperkenalkan sesebuah hotel tersebut di mata masyarakat dengan berkesan.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Identiti korporat, Hotel Equatorial, reka bentuk, brochure
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Corporate image > Malaysia
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Commercial art. Advertising art > Special topics, A-Z > Logography > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Admin Pendigitan 2 PTAR
Date Deposited: 19 Jul 2016 04:50
Last Modified: 19 Jul 2016 04:50
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14299

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year