Pandangan pengguna terhadap keberkesanan identiti korporat syarikat penerbangan bajet rendah: kajian kes Air Asia Airlines / Mohd Hafizul Idham

Idham, Mohd Hafizul (2003) Pandangan pengguna terhadap keberkesanan identiti korporat syarikat penerbangan bajet rendah: kajian kes Air Asia Airlines / Mohd Hafizul Idham. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_MOHD HAFIZUL IDHAM AD 03_5.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pendangan pengguna syarikat penerbangan, khususnya syarikat penerbangan bajet rendah. pertama di Malaysia iaitu Air Asia Airlines berkenaan dengan pandangan mereka terhadap identiti korporat syarikat ini. Identiti korporat Air Asia yang dikaji dalam tesis ini adalah berkenaan dengan logonya, warna korporat, pakaian seragam dan rekaan pada kapalterbang. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan maksud identiti korporat dan pengunaannya kepada penubuhan sesebuah syarikat. Kaedah yang digunakan adalah dengan Inelakukan rujukan dari buku-buku ilmiah dan juga laman web. Selain itu kaedah yang digunakan adalah dengan mengedarkan soalan kajiselidik kepada 50 orang responden yang dipilih secara rawak di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kaedah temubual juga dilakukan untuk mengumpulkan maklumat. Kaedah temubual telah diadakan dengan pensyarah identiti korporat UiTM cawangan Melaka iaitu Puan Ida Hartini berkenaan dengan maksud dan kegunaan identiti korporat. Setelah membuat rujukan dan kajian yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih, penulis membuat keputusan bahawa tajuk yang dipilih ini difahami oleh para responden. Para responden juga Inemberikan kerjasama yang baik dan juga sempurna. Rujukan melalui buku-buku dan laman web pula dijalankan dengan berkesan dengan bantuan perpustakaan negeri Shah Alam dan juga perpustakaan UiTM Melaka sendiri dan penggunaan laman web dalaln pencarian maklumat pula adalah salah satu cara penulis mendapatkan maklumat dengan berkesan dan pantas. Kesimpulan yang dapat dibuat dari tajuk ini adalah bahawa kebanyakan syarikat penerbangan biasa di Malaysia masih lagi menawarkan tambang yang agak mahal dalam menawarkan sesebuah perjalanan berbanding dengan syarikat penerbangan bajet rendah, ini adalah antara sebab perkhidmatan syarikat ini amat diperlukan. Selain itu kebanyakan pengguna Air Asia adalah memahami konsep bajet rendah (budget airlines). Para pengguna syarikat penerbangan juga kebanyakannya mengetahui apa yang dimaksudkan dengan identiti korporat. Penulis juga merumuskan bahawa logo syarikat Air Asia ini adalah senang difahami oleh kebanyakan pengguna. Walaupun ringkas, namun kekuatan yang terdapat dalam logo tersebut berjaya menjadikan ianya sebuah logo yang berjaya dari segi pemahaman para pelihat. Warna merah yang menjadi warna korporat Air Asia juga sesuai untuk digunakan dan kurang Inempunyai kesan negatif, walaupun pada pandangan responden, wama biru adalah lebih sesuai untuk sesebuah syarikat penerbangan. Responden juga memberikan maklumbalas bahawa pakaian seragam yang baik datangnya daripada penggunaan fabrik yang baik dan rekaan pada badan kapalterbang oleh Air Asia juga adalah berjaya dalarn mencapai maksudnya.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Air Asia, 'budget airlines', logo, identiti, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Public relations. Industrial publicity > Corporate image
H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Air transportation. Airlines > Management of airlines > Passenger service
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Admin Pendigitan 2 PTAR
Date Deposited: 18 Jul 2016 09:02
Last Modified: 18 Jul 2016 09:02
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14268

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year