Peranan perpustakaan-perpustakaan luar bandar dalam pembentukan modal insan yang bernilai tinggi / Norehan Ahmad and Haliza Yahaya

Ahmad, Norehan and Yahaya, Haliza (2013) Peranan perpustakaan-perpustakaan luar bandar dalam pembentukan modal insan yang bernilai tinggi / Norehan Ahmad and Haliza Yahaya. Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu, 2. pp. 43-54. ISSN 2231-7104

[img]
Preview
Text
AJ_NOREHAN AHMAD INFORMIKA 13.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Satu elemen yang penting dalam pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara adalah pembangunan modal insan yang mempunyai penguasaan ilmu pengetahuan. Dalam artikel ini pengarang memfokuskan kepada peranan perpustakaan luar bandar atau desa dalam menghasilkan modal insan yang sesuai dengan keperluan proses pembangunan di Malaysia. Pada masa ini perkhidmatan perpustakaan luar bandar di seluruh Malaysia dikendalikan dan diseliakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia serta Perbadanan - Perbadanan Perpustakaan Awam di setiap negeri. Sebelum ini Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar telah banyak membantu dalam menubuhkan perpustakaan perpustakaan luar bandar yang diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian KEMAS (Kemajuan Masyarakat). Perpustakaan luar bandar memainkan peranan yang penting dalam pembentukan satu masyarakat yang berpengetahuan dengan membekalkan dan menyediakan bahan bacaan yang sesuai dalam bentuk bercetak atau elektronik kepada masyarakat. Modal insan yang terlatih dan berpengetahuan akan menjadi penggerak kepada peningkatan daya saing Negara. Modal insan yang mempunyai pengetahuan khusus sudah tentu akan mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi di Negara ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perpustakaan desa; Modal insan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Human capital
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Books (General). Writing. Paleography > Libraries
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Village libraries. Rural libraries
Divisions: Faculty of Information Management
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 26 Apr 2016 07:14
Last Modified: 16 Aug 2016 04:57
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13894

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year