Perpustakaan pemangkin peradaban di dunia barat dan Melayu : dulu, kini dan kelak / Ding Choo Ming

Ding, Choo Ming (2011) Perpustakaan pemangkin peradaban di dunia barat dan Melayu : dulu, kini dan kelak / Ding Choo Ming. Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu, 1. pp. 13-26. ISSN 2231-7104

[img]
Preview
Text
AJ_DING CHOO MING INFORMIKA 11.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Rencana ini cuba memperkatakan peranan perpustakaan sebagai agen peningkatan peradaban dalam konteks perpustakaan bertindak sebagai pusat pembelajaran, manakala peradapan dalam konteks pembangunan dan kemajuan orang individu dan masyarakatnya. Memandangkan pentingnya perpustakaan sebagai pusat pembelajaran untuk membolehkan kita mendapat pelbagai maklumat dan ilmu, maka pemanfaatannya sudah menjadi tanggungjawab semua orang tanpa mengira perbezaan jantina, ras, usia, status, pendidikan dan lain-lain dalam membina dan meningkatkan kualiti hidup kita sendiri dan seterusnya peradapan. Sejak zaman dahulu lagi, pengejaran ilmu dan maklumat yang membawa kepada pemanfaatan ilmu dan maklumat di perpustakaan dengan berkesan itu telah merangsangkan penyelidikan yang seterusnya telah membawa kepada penemuan baru yang menjadi asas mempercepatkan pembangunan minda manusia yang selanjutnya merintis lorong baru kepada pembangunan ide baru selain menggalakkan penyelidikan baru ke atas sains dan teknologi. Kesemua itu bukan sahaja membawa kepada pembaharuan kesarjanaan, tetapijuga kemajuan terus menerus di segala bidang ilmu, yang kemajuannya adalah penggabungan kemajuan manusia secara lahiriah dan batiniah dalam konteks geo-politik yang baru dari masa ke masa. Memandangkan manusia tidak pernah berpuas hati, malah tidak pernah mengenal penat lelah dalam mengejar ilmu baru, maka penyimpanan ilmu lama dan kebijaksanaan daripada manusia masa lalu itu agar bukan sahaja tidak hilang, tetapijuga menyebarkannya dalam bentuk yang jauh lebih baik dan dengan lebih pantas itu sudah kekal menjadi kegiatan tetap perpustakaan yang masih dianggap sebagai pusat sosial dan pendidikan sehingga kini. Dari segi sejarah, kita tidak sahaja telah menyaksikan fajar baru kemanusiaan menyingsing di perpustakaan yang pada asalnya telah ditubuhkan di istana, rumah ibadat dan Tuhan (seperti masjid, gereja dan candi), tetapi juga pembangunan pelbagai perpustakaan dengan lebih gigih dan teratur di tempat lain, berikutan terciptanya alat cetak dan kini pemindahan minat kita kepada maklumat digital dan seterusnya pembangunan perpustakaan digital. Segalagalanya itu disebabkan pengumpulan dan pengongsian kebijaksanaan, pengetahuan dan maklumat di perpustakaan itu telah menghasilkan kuasa yang rasaksa untuk mendorong pembangunan sumbermanusia dan peningkatan peradapan yang kebanyakannya terbukti bermula daripada penyelidikan di perpustakaan, selain makmal dan hidup manusia turun temurun.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perpustakaan; Peradaban; Dunia Melayu
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization > Civilization
D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malays (Asian people)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Books (General). Writing. Paleography > Libraries
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Libraries > Malaysia
Divisions: Faculty of Information Management
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 25 Apr 2016 07:44
Last Modified: 27 Jul 2016 08:47
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13865

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year