Pengurusan penyelenggaraan lebuhraya Malaysia dalam menyediakan laluan yang selamat, selesa dan sempurna. Kes kajian : Lebuhraya Wilayah Tengah / Mohamad Nurul Azmi Mat Nor

Mat Nor, Mohamad Nurul Azmi (1999) Pengurusan penyelenggaraan lebuhraya Malaysia dalam menyediakan laluan yang selamat, selesa dan sempurna. Kes kajian : Lebuhraya Wilayah Tengah / Mohamad Nurul Azmi Mat Nor. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_MOHAMAD NURUL AZMI MAT NOR AP 99_5.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kandungan dissertasi ini antara lain membincangkan topik mengenai pengurusan penyelenggaraan lebuhraya yang terdapat di dalam Wilayah Tengah serta di dalam menyediakan laluan yang selamat, selesa dan sempuma. Sampel kajian yang dipilih adalah seoertt lebuhraya Barn Lembah Klang ( NKVE ), Lebuhraya Persekutuan II, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengan ( ELITE ). Liputan kajian dikhususkan ke atas sistem per1aksanaan penyelenggaraan oleh setiap syarikat penerima konsesi. Selain dari borang kajiselidik yang telah diedarkan kepada syarikat konsesi dan pengguna, penilaian serta analisa juga dibuat berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa melawat atau melalui lebuhraya te tersebut. Lanjutan AU, satu penilaian dibuat mengenai perlaksanaan pengurusan penyelenggaraan dan perkaitannya dalam penyediaan laluan yang setamat, selesa dan sempurna. Pengurusan terutamanya pengurusan penyelenggaraan bagi sesebuah lebuhraya adalah satu aspek yang terpenting. Penyelenggaraan lebuhraya diklasifikasikan kepada penyelenggaraan harian dan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan dan pembaikan . Diantara perkara yang dianalisa di dalam dissertasi ini ialah pengurusan penyelenggaraan itu sendiri dalam menjadikan laluan di lebuh raya itu laluan yang selamat, selesa dan sempuma serta kepuasan pengguna menggunakan laluan lebuhraya tersebut. Kepuasan pengguna laluan lebuhraya adalah berkait rapat dengan keupayaan syarikat konsesi menyelenggara elemen -etemen dan kemudahan untuk berfungsi sepenuhnya. Tinjauan juga telah dibuat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam memastikan kerja penyelenggaraan yang dilakukan mengikuti kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan. la adalah untuk mengelakkan kegagalan fungsi sesuatu elemen dan kemudahan dl lebuhraya dan semestinya ia akan menjejaskan kelancaran pemanduan serta penggunaan optima lebuhraya tersebut. Hasil dan kajian yang dijalankan ke atas sampel-sampel kes , beberapa cadangan mengenai keperluan penyelenggaraan yang berkesan dan piawaian yang sesual di ajukan dalam mengurus dan memberikan laluan yang selamat, selesa dan sempurna kepada semua pengguna lebuhraya.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Pengurusan penyelenggaraan lebuhraya, lebuhraya
Subjects: T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > Highway design. Interchanges and intersections
T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > Construction details. Including foundations, maintenance, equipment
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 15 Apr 2016 07:55
Last Modified: 01 Jun 2017 07:45
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13806

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year