Pengurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Haswandi M. Noor

M.Noor, Haswandi (2003) Pengurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Haswandi M. Noor. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_HASWANDI M. NOOR AP 03_5.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Bangunan perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu yang digunakan oleh mana-mana individu bagi tujuan pembelajaran dan mendapatkan sumber ilmu. Walaubagaimanapun masih ramal lagi yang belum menyedari tentang kepentingan pengurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan ini. Pengurusan penyelenggaraan bangunan adalah merupakan satu bidang yang amat penting untuk menjaga kualiti dan memanjangkan hayst bangunan. Bagi bangunan perpustakaan yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan alemen-eleman didalam bangunan tersebut berada didalam keadaan yang baik tentunya lahir daripada sistem pengurusan penyelenggaraan yang cekap, terancang dan tersusun, maka penghasilan dissertasi ini adalah untuk mengetahui tentang penqurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan khususnya bangunan perpustakaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Bangunan perpustakaan IPTA dikatakan seringkali tidak diselenggara dengan baik dan sempurna berbanding dengan bangunan perpustakaan Institusi Pengajian Tlnggi Swasta (IPTS) yang dikatakan mempunyai pengurusan penyelenggaraan yang lebih sistemetik dan efisyen. Oleh itu, penghasilan dissertasi ini adalah untuk memberikan pendedahan dan gambaran sebenar mengenai sistem pengurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan IPTA. Penekanan kajian pengurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan ini adalah lebih tertumpu kepada sistem pengurusan penyelenggaraan ke atas kawasan kajian yang tetah dipilih. Aspek-aspek yang diterangkan adalah menyentuh kepada jabatan penyelenggaraan ,struktur kerja penyelenggaraan, perancangan kerja-kerja penyelenggaraan, prosedur untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan perpustakaan bagi setiap kajian kes yang telah dipilih. Hasil daripada kajian ini juga, diharap akan dapat diketahui mengenai sistem pengurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seterusnya beberapa cadangan dapat dikemukakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan penyelenggaraan bangunan perpustakaan IPTA

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Bangunan perpustakaan, penyelenggaraan bangunan, perpustakaan IPTA
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Library buildings. Library architecture > Malaysia
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > University and college. Academic libraries > Malaysia
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 21 Apr 2016 08:49
Last Modified: 01 Jun 2017 08:10
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13803

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year