Bahasa Melayu benteng Islam dan Melayu / Azman Che Mat

Che Mat, Azman (2013) Bahasa Melayu benteng Islam dan Melayu / Azman Che Mat. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 78-82. ISSN 2289-5744

[img]
Preview
Text
AJ_AZMAN CHE MAT IMP 13.pdf

Download (788kB) | Preview

Abstract

Dalam satu jenaka pernah disebut mengenai bangsa Melayu. Sekarang orang Melayu tidak mempunyai apa-apa kecuali “baju Melayu dan bahasa Melayu”. Walaupun ujaran ini merupakan satu gurauan, tapi implikasinya amatlah besar, sekiranya benar bahawa itu sahaja yang masih ada pada bangsa Melayu. Mazlan Nordin (2011) selaku karyawan tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia menulis: “Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di bumi Ilahi ini yang mengambil nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan kebudayaan Melayu yang intim di samping “Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai timur dan selatan Sumatera”. Nukilan di atas jelas memberi gambaran bahawa bangsa Melayu adalah penduduk yang mendiami kawasan tanah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu dan memakai adat resam Melayu dalam kehidupan sehariannya. Hari ini, tiada lagi nama “Tanah Melayu” atau “Semenanjung Melayu”, yang ada ialah Malaysia, Indonesia, Patani dan Brunei. Maka secara tersuratnya, tiada lagi nama Melayu digunakan pada tanah air pada hari ini, namun entiti bangsa Melayu masih lagi terpakai walaupun warga negaranya adalah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu, Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History
Divisions: Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
Date Deposited: 16 Jul 2015 03:08
Last Modified: 27 Jul 2016 08:01
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12585

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year