Indeks kemampuan pengurusan PKS Melayu / Bumiputera di Malaysia 2012 / Muhammad Rozi Malim, Mohd Sazili Shahibi and Ghazali Daimin

Malim, Muhammad Rozi and Shahibi, Mohd Sazili and Daimin, Ghazali (2013) Indeks kemampuan pengurusan PKS Melayu / Bumiputera di Malaysia 2012 / Muhammad Rozi Malim, Mohd Sazili Shahibi and Ghazali Daimin. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 36-52. ISSN 2289-5744

[img]
Preview
Text
AJ_MUHAMMAD ROZI MALIM IMP 13.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kemampuan Pengurusan telah menjadi petunjuk penting prestasi dalam pengurusan sesebuah organisasi. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya Melayu dan Bumiputera, sering berhadapan dengan masalah-masalah yang jarang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar dan multinasional. Salah satu masalah utama adalah kemahiran pengurusan. Kertaskerja ini bertujuan menilai kemampuan pengurusan dan kompetensi PKS Melayu/Bumiputera di Malaysia menggunakan Indeks Kemampuan Pengurusan (IKP) berdasarkan piawaian yang telah diterimapakai oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM). Satu kajian telah dijalankan menggunakan borang soalselidik yang telah diadaptasi daripada kajiselidik yang digunakan oleh MIM. Borang-borang soalselidik telah dihantar secara pos kepada sekurang-kurangnya 500 PKS Melayu/Bumiputera di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah dengan tumpuan utama di Lembah Klang. Kaedah temuduga secara berdepan juga telah dijalankan bagi mendapatkan bilangan responden yang lebih baik dan data lebih tepat. Indeks Kemampuan Pengurusan PKS Melayu dan Bumiputera di Malaysia bagi tahun 2012 dicatatkan pada 65.36.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemampuan Pengurusan; PKS Melayu/Bumiputera; Kemahiran Pengurusan dan Kompetensi; Indeks Kemampuan Pengurusan
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Malays (Asian people)
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Income. Factor shares > Entrepreneurship. Property
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry > Small and medium-sized business. History
?? HD62.2-62.8 ??
Divisions: Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
Date Deposited: 16 Jul 2015 02:50
Last Modified: 27 Jul 2016 07:32
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12582

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year