Alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal / A Anis Najiha and W.A. Wan Nadiah

A, Anis Najiha and W. A., Wan Nadiah (2015) Alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal / A Anis Najiha and W.A. Wan Nadiah. Jurnal Intelek, 9 (1). pp. 40-51. ISSN 2231-7716

[img]
Preview
Text
AJ_A ANIS NAJIHA JI 14.pdf

Download (577kB) | Preview

Abstract

Alkohol adalah satu istilah yang sinonim dengan arak, sejenis minuman yang dilarang dalam Islam. Justeru itu, muncul tanggapan bahawa kehadiran etanol yang turut dikenali sebagai alkohol, juga tidak dibenarkan dalam makanan halal. Ini secara tidak langsung menyebabkan kehadiran atau penambahan etanol dalam makanan menjadi satu isu yang cukup berkontroversi di kalangan pengguna Muslim. Dengan nilai terkini pasaran global makanan halal yang dianggarkan bernilai USD 600 billion dolar, hal ini bukan sahaja merupakan isu agama malahan turut menjadi satu isu ekonomi. Justeru itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk menjelaskan mengenai persoalan alkohol (arak dan etanol) dalam makanan halal melalui tinjauan ilmiah. Tinjauan mendapati terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama mengenai status etanol. Ini berbeza dengan kesepakatan ulama tentang pengharaman arak dalam Islam. Terdapat dua pandangan utama dalam kalangan ulama Islam mengenai status etanol. Sebahagian ulama tidak membenarkan etanol. Manakala sebahagian yang lain pula membenarkan kewujudan etanol dengan syarat-syarat tertentu. Ini merujuk kepada bagaimana etanol ini wujud (secara semulajadi atau ditambah untuk membantu pemprosesan makanan) dan peratusan akhirnya dalam makanan dan minuman halal.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Alkohol, arak, had etanol, halal
Subjects: K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Halal food
T Technology > TP Chemical technology > Fermentation industries. Beverages. Alcohol > Distilling > Alcohol (Ethanol)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Industry, Community and Alumni Network (PJIM & A)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 05 Aug 2016 08:48
Last Modified: 05 Aug 2016 08:48
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12400

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year