Istiadat Konvokesyen Ke-62 : September 2005 : Dewan Sri Budiman, UiTM

Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM (2005) Istiadat Konvokesyen Ke-62 : September 2005 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

[img]
Preview
Text
BK_KONVOKESYEN UiTM 62_05.pdf

Download (44MB) | Preview

Abstract

Saya bersyukur kerana universiti ini - universiti kebanggaan anak-anak bangsa kita ini sejak berzaman zaman - berkesempatan sekali lagi untuk meraikan semua tetamu dalam satu proses pengiktirafan yang merupakan amalan akademik secara tradisi melalui Istiadat Konvokesyen ke-62 ini. Pada kali ini juga kita akan menyaksikan seramai 14463 graduan yang akan menerima ijazah, diploma dan sijil masingmasing. Pada kali ini juga terdapat penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat kepada tokoh seniman negara. Istiadat Konvokesyen adaiah amalan pusat pengajian tinggi yang menggabungkan unsur-unsur simbolisme, estetika dan ritual yang sangat bermakna kepada semua bakal graduan serta orang-orang yang terdekat dengan mereka. Bagaimanapun, tidak sebagaimana yang barangkali sering disangkakan orang, istiadat ini bukanlah hanya upacara rasmi mengenai penganugerahan ijazah kepada graduan semata-mata. Memanglah menganugerahkan ijazah itu sebahagian daripada tujuan istiadat seperti ini diadakan. Bagaimanapun, apa yang turut penting adaiah kenyataan betapa perlambangan-perlambangan penting yang diselitkan dalam istiadat konvokesyen - seperti pengisytiharan graduan, pernyataan-pernyataan yang disampaikan, serta perkumpulan secara serentak bersama-sama ibubapa serta ahli keluarga - dengan sendirinya menandai proses awal ketibaan graduan pada suatu titik sementara di dalam kehidupan mereka. Titik iniiah yang kemudiannya akan diteruskan perjalanannya oleh setiap graduan berpandukan kepada apa yang mereka miliki, percaya, yakin dan kemudiannya diamalkan sebagai memulakan proses mematangkan kedewasaan mereka.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Konvokesyen, UiTM
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
Divisions: Corporate Communications Department, UiTM
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 14 Jul 2015 04:57
Last Modified: 18 Nov 2016 07:16
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12313

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year