Istiadat Konvokesyen Ke-76 : 12-20 Mei 2012 : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM

Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM (2012) Istiadat Konvokesyen Ke-76 : 12-20 Mei 2012 : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

[img]
Preview
Text
BK_KONVOKESYEN UiTM KE-76 2012.pdf

Download (69MB) | Preview

Abstract

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan terutamanya ibu bapa dan sanak saudara, untuk meraikan para graduan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-76 ini. Syabas dan tahniah kerana kali ini seramai 16326 orang mahasiswa akan bergelar graduan dan akan melangkah keluar dari universiti ini dengan seribu satu kenangan. Harapan dan doa kita semua agar perjalanan saudara-saudari meniti kehidupan penuh realiti selepas ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi Tuhan. Kita melangkah masuk tahun 2012 dengan azam dan cita-cita untuk memperkasa universiti ini dengan memperteguhkan kekuatan akademik yang bakal memberikan impak besar kepada negara. Kita berazam untuk menghasilkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, unggul dan syumul untuk negara dan juga dunia. Dengan kekuatan UiTM yang pada masa ini mempunyai seramai 174,875 orang pelajar, 17,535 kakitangan dan 347 program pengajian, kita pasti berupaya untuk meletakkan universiti ini ke tahap yang tertinggi mungkin, InsyaAllah. Saya percaya bahawa kejayaan UiTM selama ini dalam melahirkan anak bangsa yang berilmu adalah sejajar dengan tuntutan dan harapan masyarakatyang ingin melihat bangsa dan negara terus cemerlang dan gemilang. Saya menaruh harapan yang cukup tinggi agar kita dapat meneruskan tradisi kecemerlangan graduan UiTM hingga ke peringkat antarabangsa dengan menjadi peneraju organisasi dan industri yang berpersonaliti terbilang.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
Divisions: Corporate Communications Department, UiTM
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 25 May 2015 07:43
Last Modified: 23 May 2016 16:38
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11868

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year