Kesedaran pendidik terhadap elemen ISO 9000 kajian awal di Hulu Perak / Sofiah Molek Lope Aman Shah and Mohd Razif Ibrahim

Aman Shah, Sofiah Molek Lope and Ibrahim, Mohd Razif (2003) Kesedaran pendidik terhadap elemen ISO 9000 kajian awal di Hulu Perak / Sofiah Molek Lope Aman Shah and Mohd Razif Ibrahim. Wahana Akademik, 2 (1). pp. 56-66. ISSN 1675-2414

[img]
Preview
Text
AJ_SOFIAH MOLEK LOPE AMAN SHAH WA 03.pdf

Download (622kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap kefahaman pendidik terhadap 20 elemen ISO 9000 dalam sistem pengurusan sekolah. Responden kajian adalah di kalangan pendidik yang berkhidmat di sekolah menengah dalam daerah Hulu Perak, Perak. Secara khususnya kajian ini melihat kefahaman pendidik berdasarkan kepada faktor-faktor demografi yang dijadikan sebagai angkubah bebas seperti jantina, umur, kelayakkan akademik, pengalaman bertugas dan status jawatan. Manakala 20 elemen ISO 9000 dijadikan sebagai angkubah bersandar yang berasaskan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1996 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Dalam kajian ini jumlah responden ialah 168 orang. Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik deskriptif,analisis min, ujian t dan anova satu hala. Hasil kajian menunjukkan elemen Tanggungjawab Pengurusan(min=4.0278) lebih difahami oleh pendidik dan elemen yang paling rendah ialah Audit Kualiti Dalaman (min-2.7143). Melalui hasil ujian hipotesis, tidak terdapat perbezaan kefahaman pendidik terhadap elemen ISO 9000 berdasarkan jantina, pencapaian akademik, dan status jawatan. Walau bagaimanapun ujian hipotesis menunjukkan terdapat perbezaan kefahaman elemen ISO 9000 berdasarkan umur dan pengalaman bertugas. Kesimpulan dari hasil kajian ini ialah pendidik yang baru berkhidmat kurang memahami elemen ISO 9000. Walaubagaimana pun kefahaman pendidik semakin meningkat sejajar dengan peningkatan umur, dan pengalaman bertugas.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Elemen ISO 9000, Pendidik, Kesedaran
Subjects: ?? LB1603.P47 ??
L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization > Teachers. Teaching personnel
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Control of production systems > Quality control. Standards > ISO 9000 Series Standards
Divisions: Universiti Teknologi MARA Kedah, Sungai Petani
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 02 Nov 2016 03:13
Last Modified: 02 Nov 2016 03:30
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11861

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year