Penilaian tingkah laku taklinear menggunakan kaedah empirik / Norazan Mohamed Ramli and Habshah Midi

Mohamed Ramli, Norazan and Midi, Habshah (2001) Penilaian tingkah laku taklinear menggunakan kaedah empirik / Norazan Mohamed Ramli and Habshah Midi. Jurnal Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, 3 (1). pp. 19-35. ISSN 1823-0822

[img]
Preview
Text
AJ_NORAZAN MOHAMED RAMLI JTMSK 01 1.pdf

Download (674kB) | Preview

Abstract

Dalam kertas ini, satu set data yang mewakilipurata berat (dalam gram) daun tembakau kering sepokok untukjangkamasa seminggu yang diukur dari minggu pertama hingga ke minggu ke tiga belas, dimodelkan menggunakan beberapa model taklinear seperti model Gompertz, model Logistic, model Richards, model Taburan Weibull dan model Morgan-Mercer-Flodin. Walau bagaimanapun, hanya model Gompertz dan model Logistic terpilih untuk mewakili data ini kerana tingkahlakunya yang lebih hampir kepada tingkahlaku model linear, yang mana penganggarnya tidak pincang, mengikut taburan normal dan mempunyai had varian yang minima. Tingkahlaku taklinear dalam sesuatu model dinilai menggunakan satu kaedah empirik iaitu melalui kajian simulasi. Kajian inijuga dapat mendedahkan sejauh mana sifat taklinear sesuatu penganggar dan memberi cadangan berguna untuk proses membaikpulih penganggar yang bersifat taklinear. Didapati bahawa kedua-dua fungsi model Gompertz dan Logistic yang telah diparameterkan semula adalah setanding dan hampir kepada tingkahlaku model linear. Walau bagaimanapun, model Logistic yang telah dibaikpulih telah dipilih kerana nilai purata sukatan kelengkungannya adalah lebih rendah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepencongan; Model taklinear; Simulasi
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Analysis > Nonlinear theories
T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Engineering mathematics. Engineering analysis > Mathematical models
Divisions: Faculty of Information Technology and Quantitative Sciences
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 17 Apr 2015 03:33
Last Modified: 26 Sep 2016 07:11
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11642

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year