Penerangan tentang penggunaan tulisan Cina berasaskan prinsip-prinsip Liu Shu dalam buku teks Mandarin / Hoe Foo Terng

Hoe, Foo Terng (2008) Penerangan tentang penggunaan tulisan Cina berasaskan prinsip-prinsip Liu Shu dalam buku teks Mandarin / Hoe Foo Terng. Esteem Academic Journal, 4 (2). pp. 105-117. ISSN 1675-7939

[img]
Preview
Text
AJ_HOE FOO TERNG ESTEEM 08.pdf

Download (565kB) | Preview

Abstract

Setiap pelajar yang mengikuti program ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwajibkan mengambil satu kursus bahasa asing. Pelajar perlu lulus semua tahap dalam kursus bahasa asing yang diambil oleh mereka, iaitu dari tahap satu hingga tahap tiga untuk menamatkan pengajian. Bagi pelajar bumiputera yang mempelajari bahasa Mandarin tahap 3 di UiTM, mereka perlu mempelajari sebanyak 20 frasa tulisan Cina (50 perkataan). Pelajar-pelajar ini menghadapi kesukaran untuk mengecam tulisan-tulisan Cina kerana bagi mereka setiap tulisan Cina itu mempunyai bentuk yang hampir sama Oleh itu, penerangan tentang prinsip-prinsip pembentukan tulisan Cina Liu Shu kepada para pelajar penting untuk membantu mereka dalam mengecam pelbagai bentuk tulisan Cina, dan seterusnya memupuk minat mereka dalam mempelajari bahasa Mandarin. Kebanyakan pelajar didapati lebih berminat dengan tulisan-tulisan Cina yang dibentuk melalui prinsip-prinsip Xiangxing, Zhishi, dan Huiyi. Ini adalah kerana ketiga-tiga prinsip pembentukan tulisan tersebut mempunyai satu ciri yang sama, iaitu mempunyai elemen gambar. Dengan elemen gambar ini, pelajar dapat menghayati keunikan dan kecantikan tulisan Cina di samping mengenali adat resam dan budaya masyarakat Cina pada zaman tulisan itu dibentuk.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tulisan Cina, Liu Shu, buku teks Mandarin
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Chinese language
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Kampus Permatang Pauh > Akademi Pengajian Bahasa
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 06 Mar 2015 09:39
Last Modified: 21 Jul 2016 06:25
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11381

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year